BERITA TERKINI : Tawakul Karman dihalang memasuki Mesir kerana sokong Morsi

Pemenang Hadiah Keamanan Nobel, Tawakul Karman dari Yaman telah dihalang daripada  memasuki Mesir "atas sebab-sebab keselamatan", kata pegawai.

Tawakul Karman, wanita Arab pertama memenangi hadiah nobel, telah ditahan sebaik mendarat di lapangan terbang Kaherah dan dilaporkan akan dihantar dengan kapal terbang yang sama ke Emiriyah Arab Bersatu.

Beliau telah menyuarakan sokongan kepada pengikut Ikhwan Muslimin dan menyifatkan penggulingan Mohammed Morsi "tidak demokratik".

Beliau ke Kaherah dalam rangka usaha untuk bergabung dengan para peserta protes pro Morsi di Rabaa al-Adawiya (Rabiatu Adawiyah)

0 comments:

About