, ,

Menarik : empat gadis melayu finalis pertandingan ratu cantik Miss World 2013 didedah


kalau dah sama-sama 'togel' macam ni susah nak kenal mana melayu... wakaka

Inilah rakaman gambar yang kecoh diperdebat sejak semalam apabila diberitakan 4 gadis Melayu adalah antara 20 peserta finalis untuk merebut Miss Malaysia World 2013.


Penganjur dikatakan memberitahu para peserta gadis Melayu tidak berbikini, maka ianya adalah diizinkan sedangkan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh mengesa agar wanita Islam tidak menyertai pertandingan ratu cantik kerana perbuatan itu adalah haram dan berdosa.

Beliau berkata fatwa berhubung perkara itu telah diwartakan pada 8 Februari 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993.

"Justeru itu pihak penguatkuasa diminta agar melaksanakan undang-undang sepertimana yang diwartakan itu," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau sebagai mengulas berhubung laporan akhbar semalam bahawa empat gadis Islam adalah antara 20 peserta yang terpilih sebagai finalis pertandingan Miss Malaysia World 2013 pada 2 Ogos depan.

Pemilihan finalis dibuat dalam satu sesi temuduga tertutup pada 12 Julai lepas dan majlis memperkenalkan mereka diadakan baru-baru ini.

0 comments:

About