, ,

Menarik : Hantu Pesawat 401 Eastern Airlines, 29 Disember 1972

Malam 29 Disember 1972, penerbangan pesawat 401 Eastern Airlines berlepas dari Lapangan Terbang New York menuju Miami, membawa 163 penumpang bersama 13 orang krew.


Pesawat jenis jet Tri-Star (Lockheed L-1011) itu baru empat bulan beroperasi. Dipandu oleh juruterbag berpengalaman, Kapten Robert Loft dibantu juruteranya, Donald Repo.

Tetapi, pesawat itu mengalami masalah apabila rodanya tidak berfungsi. Loft dan Repo bertungkus-lumus cuba membaiki kerosakan. Belum sempat diatasi, pesawat itu menjunam ke kawasan berpaya, tersasar lebih 30 kilometer dari landasan Miami.




Pada masa yang lain pula, sewaktu seorang jurutera sedang memeriksa pesawat sebelum berlepas, muncul kelibat Repo lantas berpesan: "Jangan risau. Aku sudah memeriksanya. Semuanya baik". Sejurus selepas itu, Repo hilang begitu saja.

Seorang krew juga pernah melihat kelibat Repo dengan seragam juruteranya sedang membetulkan peralatan ketuhar yang rosak dalam pesawat.

Di waktu lain, seorang jurutera yang turun ke bahagian bawah kokpit untuk memeriksa bunyi yang didengarinya tiba-tiba melihat Repo turut berada di situ.

Kisah lain, seorang krew melihat wajah Repo yang memandangnya pada kaca ketuhar di dapur pesawat. Lantas dia memanggil dua orang rakan. Salah seorang daripadanya adalah jurutera yang juga rakan kepada Repo untuk melihat sendiri bayangan pada ketuhar itu.

Jurutera itu mengakui, itu adalah wajah Repo. Malah, ketiga-tiga mereka sempat mendengar Repo menyuruh mereka meninggalkan kapal: "Hati-hati dengan api diatas pesawat ini".

Tidak lama kemudian, pesawat itu benar-benar menghadapi masalah enjin dan penerbangan terpaksa dibatalkan. Pesanan Repo telah menyelamatkan mereka.



Salah seorang lembaga pengarah syarikat penerbangan itu juga pernah melalui pengalaman sama. Di dalam pesawat bahagian kelas pertama, dia berbual dengan seorang lelaki berpakaian kapten. Namun, setelah dia menyedari itu adalah Kapten Loft, ia hilang begitu saja.

Dalam insiden lain pula, Repo muncul di depan kapten yang bertugas dan memberitahu: "Pesawat ini tidak akan terhempas. Kami tidak akan biarkan perkara itu berlaku!".

Satu demi satu peristiwa membabitkan kemunculan Kapten Loft dan Repo menyebabkan golongan paranormal dipanggil untuk membuat kajian namun tidak mendapat kebenaran daripada pihak syarikat penerbangan tersebut.

Beberapa buah buku dan filem pernah diterbitkan berjudul 'The Ghost of Flight 401' pada penghujung tahun 80an berkisar tentang tragedi penerbangan 401 dan misteri jelmaan kapten dan juruterbangnya yang telah terkorban.


Dikatakan, setelah pihak syarikat penerbangan mengarahkan komponen yang diambil daripada bangkai pesawat 401 dikeluarkan dari kapal terbang baru tersebut, sejak itu kelibat roh Loft dan Repo tidak pernah muncul lagi.

0 comments:

About