, ,

Gadjet : Pembakar Roti Volkswagen Minibus

Anda bosan dengan rekaan pembakar roti anda yang sangat plain dan tidak mengujakan? Mungkin pembakar roti dengan rekaan berbentuk Volkswagen Minibus ini menjadi pilihan anda. Dikeluarkan khas untuk Volkswagen Japan, pembakar roti ini bukan sahaja mempunyai design yang unik dan cute, malahan ianya akan membakar roti anda supaya terdapat logo 'VW' di tengah-tengahnya.


Dikatakan hanya 5000 unit yang dikeluarkan, dan tujuan ianya direka adalah sebagai hadiah kepada pemilik Volkswagen Minibus yang membawa kenderaan mereka untuk servis. Walaupun tujuan asalnya bukan untuk dijual, namun anda berpeluang untuk membeli salah satu daripada pembakar roti ini yang dilelong di laman eBay pada harga US 488.88 Dollar sebuah. 



0 comments:

About