MENARIK : KATALOG BARANG-BARANG YANG DITEMUI DI DALAM KUBUR MANGSA PENGHAPUSAN ETNIK BOSNIA

Perang penghapusan etnik di Bosnia berlangung dari 1 Mac 1992 hingga 14 Disember 1995. Perang saudara ini mengakibatkan kematian lebih dari 100 000 tentera dan orang awam. Majoriti yang mati adalah penduduk Bosnia dan dianggarkan 33 071 orang awam dibunuh sepanjang konflik berdarah ini. Ramai yang mati akibat dibunuh skuad pembunuh tentera Serb dan mayat mereka ditanam di dalam kubur massa seluruh Bosnia. Selepas berakhirnya konflik ribuan jenazah mangsa pembunuhan beramai-ramai ini ditemui dan proses mengenal pasti mangsa dijalankan. 


Ziyah Gafic ialah seorang jurugambar yang berasal dari Sarajevo. Sejak 1999 beliau terlibat di dalam projek mengenal pasti identiti mangsa. Beliau mengambil ribuan gambar objek yang ditemui pada mayat yang digali dari kubur-kubur mangsa perang. Pihak berkuasa berharap ada ahli keluarga mangsa yang mungkin mengenali objek yang dikenali dan ini diharap dapat digunakan untuk mengenal pasti identiti mangsa. Gambar yang diambil beliau kini dibukukan di dalam buku bertajuk Quest For Identity. 



Laporan asal Ziyah Gafic

0 comments:

About