Berita Terkini : Tentera Mesir serius bantu Israel tawan Gaza


Kehadiran tentera Mesir di sempadan dengan Gaza telah diperkukuh berikutan tambahan tentera secara besar-besaran  Saksi berkata sejumlah besar tentera dilengkapi dengan jentolak dan kereta perisai di sepanjang sempadan .

Jentolak tentera yang dijangka akan digunakan untuk merobohkan lebih banyak terowong yang menghubungkan Mesir dengan Semenanjung Gaza. Terowong telah digunakan untuk membekalkan Gaza dengan komoditi yang amat diperlukan sejak awal pengepungan Israel pada tahun 2006.

Penutupan terowong tersebut akan meningkatkan harga komoditi di kawasan penduduk miskin di Palestine.

Dua buah helikopter penyerang jenis apache tentera Mesir dilihat terbang di ruang udara Semenanjung Gaza minggu lepas. Jurucakap kerajaan Palestin di Gaza berkata bahawa mereka telah meminta penjelasan Mesir mengenai isu itu tetapi tidak mahu mendedahkan apa-apa maklumat lanjut.

Dengan penutupan terowong yang menjadi laluan bekalan ke Gaza, dan perbuatan tentera Mesir menceroboh ruang udara Gaza adalah tanda-tanda yang tidak sihat ke atas keselamatan Gaza dan penduduknya.

Penerbangan helikopter apache tersebut adalah satu ancaman sengaja yang dipertonton kepada Hamas sebagai isyarat memulakan permusuhan atau amaran supaya Hamas tidak mencampuri urusan dalaman Mesir.

Beberapa pemerhati politik menjangka perang akan meletus di Mesir antara tentera dengan Islamis berdasarkan beberapa petanda seperti penggunaan perkataan syahid pada banner, lukisan tompokan darah yang dibawa demonstran dan seruan para ulama yang menuntut orang-orang beriman supaya mempertahankan kerajaan Islam pimpinan Morsi.

Denganpenutupan semua terowong akan menyebabkan rakyat Gaza kebuluran, dan merebaknya penyakit tanpa ubat-ubatan. Kemusnahan besar penduduk Gaza akan berlaku. Tanpa penduduk Gaza akan menjadi sasaran mudah Israel yang selama ini memang mensasarkan Gaza untuk pendudukan penuh ke atas Palestine.

0 comments:

About