, ,

INFO MENARIK : KANAK-KANAK PRA-SEKOLAH JALANI LATIHAN TENTERA TALIBAN

Rakaman video ini menunjukkan sekumpulan kanak-kanak pra-sekolah menembak beberapa buah senjata api dan senjata berat di sebuah kem latihan yang terletak berdekatan sempadan Pakistan dan Afghanistan.


Kanak-kanak berpakaian serba hitam ini boleh dilihat berbaris dalam barisan yang rapi semasa menjalani latihan menembak.

Sejurus kemudian, video berkenaan turut menunjukkan salah seorang kanak-kanak sedang melutut semasa menembak senapang tempur, AK-47 sebelum dibantu oleh seorang lelaki dewasa yang dikaburkan wajahnya.

Sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Parti Islam Turkistan yang berpangkalan di sebuah wilayah tanpa undang-undang bernama Waziristan, yang terletak berdekatan sempadan Pakistan dan Afghanistan dipertanggungjawab mewujudkan video berkenaan, petik dari laporan UK Telegraph.

Video yang diberi tajuk "Little Commando", dilaporkan telah dipaparkan di sebuah laman web gerakan bawah tanah, Al-Qaeda sebelum dimuat naik ke LiveLeak.

Kumpulan kecil ini dipercayai ditubuhkan bagi mengendalikan kem-kem bagi para militan untuk melancarkan serangan di Afghanistan. Mereka juga dipersalahkan dalam melancarkan beratus-ratus serangan keganasan sejak dua dekad yang lalu.

Wilayah Waziristan telah menjadi kawasan beban buat tentera Amerika Syarikat dan pihak Washington sering menekan pihak berkuasa Pakistan untuk melumpuhkan sebarang gerakan keganasan yang beroperasi secara bebas di kawasan berkenaan.

Pada Rabu lalu, pesawat tanpa pemandu (drone) tentera Amerika Syarikat telah melepaskan dua peluru berpandu ke arah kem latihan Taliban di Waziristan Selatan yang menyebabkan lima anggota militan terbunuh dan memusnahkan kem terbabit.

Tiga hari sebelum itu, Amerika Syarikat turut melaporkan bahawa lima lagi anggota Taliban telah terbunuh dalam serangan udara di kawasan suku kaum yang terletak di Waziristan Utara.

Kira-kira 95% daripada 338 serangan pesawat drone tentera Amerika Syarikat yang dijalankan dalam wilayah Pakistan sejak tahun 2004 telah berlaku di wilayah ini.

Pihak Pakistan juga secara umum menentang serangan pesawat drone yang dilakukan tentera Amerika Syarikat kerana dikhuatiri melanggar kedaulatan negara dan membakar sentimen anti-Amerika. Walaubagaimana pun, kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor menunjukkan Islamabad mungkin diam-diam bersetuju untuk melaksanakan kan "Zon Bunuh".



0 comments:

About