, ,

Info Menarik : Restoran Yang Menyajikan Pelbagai Jenis Zakar

Kebanyakan orang China mempercayai bahawa alat kelamin binatang boleh meningkatkan 'keperkasaan' lelaki dan memiliki khasiat yang sangat bagus untuk kaum wanita. Maka tidak menghairankan, sejak di buka di jalan Dongsishitiao pada tahun 2006, populariti restoran ini tersebar dengan pantas ke seluruh penjuru negara itu.


Melihat dari menu yang ditawarkan, restoran ini jelas bukan ditujukan bagi seseorang yang hanya sekedar penikmat makanan biasa. Namun, walau terkesan menjijikkan, cara penyajian yang ditampilkan tidaklah seseram yang dibayangkan.

Zakar binatang yang digunakan pun terdiri dari pelbagai jenis, mulai dari zakar lembu, zakars kambing, zakar kuda hinggalah ke zakar monyet dan harimau. Dan jika anda ingin merasakan khasiat lebih, anda memiliki plihan menu mentah yang dihidangkan seperti sushi.

Bukan sebarangan orang dibenarkan masuk ke restoran ini. Pihak restoran melarang remaja di bawah 15 tahun menikmati makanan di tempat ini kerana hormon yang terkandung di dalamnya dapat mempengaruhi pertumbuhan mereka. Kebanyakan dari pelanggan adalah kalangan ahli perniagaan dan pegawai kerajaan.

Hampir seluruh menu makanan di sini dijual dengan harga yang mahal. Namun diantara semuanya, terdapat satu menu yang dianggap paling special, iaitu zakar harimau. Untuk menu ini, pelanggan diharuskan membayar lebih dari USD 1,500 dan memesan beberapa bulan sebelumnya.


0 comments:

About