, ,

MENARIK : PERIUK API NUKLEAR AMERIKA SYARIKAT

Ketika Perang Dingin, kedua-dua kuasa barat dan Soviet bertungkus lumus membangunkan senjata berasaskan nuklear. Hari ini mari lihat periuk api SADM yang dibangunkan oleh tentera Laut dan Marin USA pada awal 1960an.


SADM (Special Atomic Demolition Munition) ialah sebuah periuk api seberat 68 kilogram yang boleh digunakan untuk memusnahkan kapal dan infrastruktur pelabuhan milik musuh. SADM mempunyai kuasa letupan sebesar 1 Kiloton dan mempunyai saiz 60 cm tinggi dan 40 cm lebar. Kerana saiznya yang kompak, hanya dua orang komando diperlukan bagi meletakkan SADM di pelabuhan musuh. Mereka akan dihantar ke kawasan musuh dengan melakukan terjunan dari kapal terbang sebelum berenang ke sasaran mereka. SADM boleh diletukkan secara kawalan alat jauh ataupun menggunakan pemasa. Apabila diletupkan pihak tentera USA berharap kesan radiasi yang terhasil akan menutup laluan keluar dari pelabuhan musuh. 


Laporan asal Wikipedia

Gambar oleh Flickr RocBolt

0 comments:

About