BANGUNAN MENARIK : BANGUNAN KOMERSIL TERBESAR DUNIA

Selari dengan statusnya sebagai negara perindustrian No 1 di dunia, terdapat banyak projek pembinaan mega di China. Terkini sekali ialah New Century Global Center yang kini memegang rekod sebagai bangunan komersil terbesar di dunia. Bangunan mega ini dibuka kepada orang ramai 1 Julai lalu. Berapakah saiz bangunan ini? Ianya 500 meter panjang, 400 meter lebar dan 100 meter tinggi. Dari segi keluasan tapak ini bersamaan dengan saiz 28 padang bola sepak! Di dalam bangunan yang dibina di Chengdu ini terdapat sebuah universiti, pusat membeli belah, kompleks pejabat, teater IMAX gergasi dengan 14 skrin IMAX, hotel dan taman tema air. Sebanyak 400 000 meter persegi dikhaskan untuk pusat membeli belah sementara 5000 meter persegi hanya untuk kawasan pantai buatan manusia. 




Laporan asal InHabitat

0 comments:

About