BERITA TERKINI EGYPT : Asmaa ummu Rahmah ibu muda perindu syahid


bezakan senyuman semasa hidup dan setelah syahid


Dia membenarkan janjinya dengan tuhannya... maka tuhannya membenarkan janjiNya dengannya. Kita mengharapkan begitu tetapi kita tidak mensucikan sesiapa melebihi kesucian kpd Allah swt..
Dr Hisham Saqr
Puteriku yang cantik Asmaa ummu Rahmah dan Yahya telah trpilih menjadi syahidah semalam dari peluru yg ditembak oleh pembunuh tepat yang kejam, ditembak kepadanya sedangkan sepatutnya ditembak kepada yahudi dan musuh-musuh Mesir.

Aku menjadi saksi bahawa Asmaa' selalu mengharapkan shahadah dn selalu berkata "aku mahu pergi menuju tuhanku"

Asmaa' pernah bermimpi selepas syahidnya mujahid Said Siyam, beliau berkata kepada Asmaa' "mari bersamaku", lalu Asmaa' mahu mengikuti beliau, tetapi dihalang oleh ibunya dan suaminya. Mereka berkata kepada Asmaa' "bukan sekarang Asmaa', lain kali.."
Asmaa' sentiasa mengikati mimpinya sehinggalah ketika ini, Asmaa' berkata "inilah waktunya!"

Asmaa' menidurkan kedua anaknya sebelum bergerak ke medan raba'ah pada malam hari.aku berkata padanya "berpada-padalah turun ke medan. Kau masih ada anak-anak kecil yang perlukan kau".
Asmaa' lantas membalas "adakah aku patut menyia-nyiakan peluang untuk syahid semata-mata kerana anak-anak?!"

Suaminya, Essam mengetahui bahawa Asmaa' sangat mahukan syahadah. Essam berkata"Apabila Asmaa' terkena tembakan, aku cepat-cepat membawanya ke hospital, dan aku tidak meninggalkannya walau seketika, kerana aku tahu Asmaa' sangat rindukan syahadah. Sampai ditingkat 4 hospital Raba'ah, ketika aku dan Asmaa' terduduk di lantai menunggu rawatan, Asmaa' terkena tembakan di kepala dan syahid serta-merta".

Aku (ayah) menyangka Asmaa' berada berdekatan dengan tingkap, yg memudahkannya terkena peluru yangg ditembak ke arah hospital, tetapi Essam mmberitahu bahawa antara tingkap dan Asmaa' terdapat 3 orang wanita yangg sama-sama juga menunggu.

Aku bertanya lagi, adakah peluru datang dari arah atas, Essam menjawab beliau tidak tahu.yang beliau pasti ialah peluru tersebut memang ditujukan khusus kepada Asmaa'.

Semoga Allah merahmatinya dengan rahmatNya yang luas, dan tergolong dalam golongan yang diberikan syafaat di hari qiamat, dan semoga kami dapat mengikuti jejak langkah Asmaa' dan bersama para solihin.

Ya Allah timpakanlah balasanmu kepada musuh-musuhMu dan mereka yang berlaku zalim dan melampaui batas. 

0 comments:

About