, ,

BERITA TEKINI EGYPT : Kedudukan tentera sekutu US sekarang - ancaman kepada mujahiddin




Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata, rejim Basyar Al-Assad bertanggungjawab menggunakan senjata kimia di Damascus namun masih belum menyatakan keputusannya untuk melancarkan serangan ketenteraan.

Pemangku Duta Syria di Bulgaria, Bashar Safehey ketika bercakap dalam sebuah rancangan televisyen di negara itu menyatakan rejim tentera Syria akan menyerang balas sekiranya negara itu diserang.

Duta Amerika ke Israel, Dan Shapiro berkata, serangan Amerika terhadap Syria adalah jelas dan ia merupakan suatu yang 'serius' hanya Obama sahaja akan menentukan keadaannya.

Tentera Britain bersiap sedia berhampiran Syria termasuk 4 kapal perang termasuk kapal pengangkut helikopter HMS Bulwark dan dua buah kapal frigat di Albania.

Manakala Peranchis yang menempatkan jet pejuangnya di pangkalan udara Emiriyah Arab Bersatu (UEA) akan digerakkan bila-bila masa sahaja apabila diarahkan.

Sementara keadaan di Syria, kerajaan rejim Basyar sudah memulakan proses pemindahan dan pengosongan premis ketenteraan dan ibu pejabat.

Ada laporan menyatakan lapangan terbang di Damascus mula dikosongkan dan keluarga kalangan elit tentera mula meninggalkan negara itu dan berpindah ke Lebanon.

Laporan terbaru dari Al-Arabiyah menyatakab Rusia akan menghantar kapal anti kapal selam dan kapal kruis ke perairan Mediterranean.

Pasukan Obama merangka menggunakan model serangan terhadap Serbia antara 24,Mac 1999 - 10 Jun 1999 - 'Operation Allied Force;' yang dilancarkan dahulu untuk digunapakai dalam serangannya ke atas Syria.

Dalam serangan itu, tentera bersekutu yang diketuai Amerika dan NATO melancarkan serangan udara pada skala besar pada ketinggian tinggi dengan mengelakkan untuk berlakunya serangan darat.

Objektifnya adalah untuk memusnahkan kelengkapan tentera dan pangkalan yang digunakan Basyar Al-Assad.

Namun, hal ini boleh dipertikaikan samada mereka mengsasarkan hanya Tentera Assad ketika mana sekarang pejuang Mujahiddin FSA sudah berjaya menawan hampir 80 peratus bumi Syria.

0 comments:

About