, ,

MENARIK : BANDUAN MENJAHIT PAKAIAN BERJENAMA WANITA DI BRAZIL

Arisvaldo de Campos Pires, ialah sebuah penjara keselamatan tinggi di Brazil. Penjara ini menempatkan pembunuh dan perogol yang menjalani hukuman mereka. Disini jua pakaian fesyen bejenama Doiselles dihasilkan oleh banduan-banduan penjara ini bagi mengurangkan tempoh hukuman mereka. Pada tahun 2009, pereka fesyen Raquel Guimaraes yang juga pemilik Doiselles mahu menghasilkan pakaian untuk jenama milik beliau. Malangnya beliau mendapati sukar mencari pekerja yang berkemahiran menghasilkan seni kaitan yang beliau kehendaki. Oleh itu beliau mengajar banduan penjara Arisvaldo de Campos Pires untuk menjadi pekerja beliau. Setiap banduan dibayar 75% gaji minima nasional dan hukuman penjara dipotong sehari untuk setiap 3 hari bekerja. Pakaian berjenama Doiselles dipasarkan di Jepun, Eropah, Brazil dan Amerika Syarikat. 




Laporan asal Reuters

0 comments:

About