, ,

MENARIK : Polis dedah logo, tatoo dan cara pengekebumian kongsi gelap Malaysia

BUKIT AMAN, 30 OGOS – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendedahkan logo-logo kumpulan kongsi gelap seperti yang telah dinyatakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini dalam Sidang Media Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat polis Bukit Aman sebentar tadi.


SAC Dato' Abd Jalil bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah D7 Bahagian Kongsi Gelap / Judi / Maksiat JSJ Bukit Aman dalam sidang media pada hari ini menerangkan perlunya pendedahan ini sebagai panduan kepada orang ramai bagi mengelakkan mereka terlibat tanpa pengetahuan mereka dalam aktiviti-aktiviti kongsi gelap ini.

Beliau turut menekankan pentingnya peranan ibu bapa dalam memberikan pendidikan berkenaan keburukan kumpulan kongsi gelap ini kerana berdasarkan maklumat yang diperolehi mendapati penglibatan remaja seawal usia 15 tahun lagi.

Kumpulan-kumpulan ini telah ditakrifkan sebagai haram di bawah Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 di mana orang yang menjadi atau menjalankan kerja sebagai seorang anggota sesuatu pertubuhan kongsi gelap atau yang menghadiri sesuatu mesyuaratnya atau yang didapati ada dalam miliknya, atau ada dalam jagaan atau kawalannya apa-apa buku, kira-kira, tulisan, senarai anggota-anggota meteri, panji-panji atau tanda bagi, atau berhubung dengan sesuatu pertubuhan kongsi gelap sama ada pertubuhan itu ditubuhkan di dalam Persekutuan atau tidak, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau denda tidak melebihi RM 15,000.

Ini adalah sebahagian daripada logo dan tatoo yang didedahkan oleh PDRM. Selebihnya boleh dilihat di lama FB polis di SINI



Lihat lebig gambar di FB ini

0 comments:

About