BERITA TERKINI EGYPT / MESIR

tiga orang syahid 160 cedera di Zagazig dalam Jumaat revolusi 30.8.2013

MESIR- Jumaat 30 ogos 2013-   Jutaan rakyat Mesir bangkit menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap pemerintah tentera. Kebangkitan adalah sebesar kebnagkitan sebelum ini.  Semua wilayah di Mesir terlibat dalam tunjuk perasaan kali ini. Protes dianjurkan secara besar-besaran di bandar-bandar utama Mesir selepas solat Jumaat semalam.

Berjuta-juta rakyat Mesir memenuhi bandar Kaherah, Giza, Alexandria, Almonofiyah, Dakahlia, Kafr El Sheikh, Asiout, Qena, Matareya, Minya, Mansoura, Sohag, Red Sea, Spinx, Marsa Matrouh, North Sinai, Beni Suef, dan Fayoum
Menurut statistik Central Agency for Public Mobilization and Statistics Mesir, Alexandri mencatat jumlah peserta demonstrasi yang terbesar iaitu melebihi 1.5 juta dan mennghampiri 2 juta.
egyptWindow melaporkan kelengkapan keselamatan persekutuan ditempatkan di hadapan istana presiden bagi menyerang para demonstran. Berpuluh-puluh cedera ditembak pihak tentera dan polis.

Di Zagazig pula tiga orang dilaporkan syahid, 160 cedera dan 71 orang termasuk 20 orang wanita ditahan. Demonstran telah diserang tentra dan polis dengan bantuan samseng yang mengepung mereka.

Di Benha pula anggota polis, tentera dan samseng mengepung masjid An Nour dan menangkap kesemua yang berada di dalamnya.

Di Bani Suef,
Ramai pegawai tentera dan askar melarikan diri dari kem Babuslam Bani Suef setelah menbantah arahan pihak tertinggi tentera untuk menembak para demonstran. Mereka mengambil keputusan untuk tidak memasuki semula kem sebagai bantahan terhadap pembunuhan demonstran oleh pihak tentera.
Alexandria










 kredit gambar- Malaysa Blues

0 comments:

About