EGYPT UPDATE : Telahan Hassan Al Banna tentang cabaran Ikhwan menjadi kenyataan



Tragedi di Mesir dan kebenaran Imam Hassan Al- Banna.

Imam Hassan Al-Banna pernah mengungkapkan halangan dan cabaran dakwah Ikhwan Muslimin dalam risalah yang bertajuk “Antara Semalam dan Hari Ini”. Dengan izin Allah, beliau seolah-olah mendapat gambaran apa yang akan berlaku terhadap Ikhwan Muslimin pada masa hadapan.

Kini, setiap satu persatu halangan ini terjadi dan sedang ditempuhi oleh ahli Ikhwan Muslimin dan penyokong mereka. Namun, mereka tetap teguh dengan pendirian mereka kerana meyakini bahawa kemenangan itu adalah milik Allah dan Allah akan mengurniakan kemenangan untuk mereka apabila tiba masanya. Berikut adalah petikan ungkapan tersebut:

“Kejahilan masyarakat tentang Islam yang sebenar akan menjadi halangan di sepanjang jalan kamu.

Kamu akan mendapati sebahagian tokoh agama dan ulama’ rasmi memandang asing kefahaman kamu tentang Islam dan dan mengingkari jihad kamu dalam memperjuangkan kefahaman tersebut.

Para penguasa, pemimpin, dan orang-orang yang memiliki pengaruh serta kekuasaan, akan dengki dengan kamu.

Semua kerajaan secara bersama-sama akan menentang kamu.

Setiap kerajaan akan menyekat kegiatan kamu dan mereka akan mewujudkan pelbagai sekatan di sepanjang jalan kamu.

Para perampas akan saling bekerjasama menggunakan apa sahaja cara untuk menghapuskan kamu dan melenyapkan cahaya dakwah kamu.


Mereka akan mempergunakan segala kerajaan yang lemah, golongan yang berakhlak buruk dan golongan yang (pada satu masa) menghulur tangan mengharapkan bantuan mereka dan (dalam masa yang lain) menghulur tangan menindas dan memusuhi kamu.

Semua pihak akan menimbulkan pelbagai syak wasangka dan tuduhan keji terhadap dakwah kamu.

Mereka akan berusaha mengaitkan setiap cacat cela dengan dak­wah kamu dan mempamerkannya kepada masyarakat dengan seburuk-buruk gambaran. Mereka akan menggunakan segala kekuatan dan kuasa yang ada pada mereka dan juga menggunakan harta (kekayaan), pengaruh (lobi) dan media mereka.

يُرِيْدُوْنَ أَنْ يُطْفِئُوْا نُوْرَ اللهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللهُ إِلاَّ أَنْ يُتِمَّ نُوْرَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ

Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). (At-Taubah: 32)

Dengan demikian, tidak diragukan lagi, kamu akan melalui era ujian dan cubaan;

(1) kamu akan dipenjara,

(2) kamu akan dibunuh,

(3) kamu akan ditahan,

(4) kamu akan diusir,

(5) harta-harta kamu akan dirampas,

(6) kerja-kerja kamu akan dinafikan (dianggap tiada)

(7) dan rumah-rumah kamu akan digeledah (serta diawasi).

Boleh jadi ujian ini akan berlaku dalam tempoh yang lama.

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوْا أَنْ يَقُوْلُوْا آمَنَّا وَهُمْ لاَ يُفْتَنُوْنَ

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut: 2)

Namun, Allah janjikan kamu kemenangan bagi mereka yang berjuang. Allah janjikan ganjaran bagi mereka yang benar-benar beramal.

يَآ أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنْجِيْكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيْمٍ. تُؤْمِنُوْنَ بِاللهِ وَرَسُوْلِهِ وَتُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ. يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا اْلأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِيْ جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيْمُ. وَأُخْرَى تُحِبُّوْنَهَا نَصْرٌ مِنَ اللهِ وَفَتْحٌ قَرِيْبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِيْنَ. يَآ أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا كُوْنُوْا أَنْصَارَ اللهِ كَمَا قَالَ عِيْسَى بْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّيْنَ مَنْ أَنْصَارِيْ إِلَى اللهِ قَالَ الْحَوَارِيُّوْنَ نَحْنُ أَنْصَارُ اللهِ فَآمَنَتْ طَائِفَةٌ مِنْ بَنِيْ إِسْرَئِيْلَ وَكَفَرَتْ طَائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوْا ظَاهِرِيْنَ

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agama-Nya)? Mereka menjawab: Kamilah penolong-penolong (agama) Allah!

(Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) Maka sepuak daripada Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. (As-Saff: 10-14)

Adakah kamu masih menegaskan untuk menjadi penolong (agama) Allah?”

Sumber:
1. http://www.egyptwindow.net/news_Details.aspx?Kind=1&News_ID=33286
2. Antara Semalam dan Hari Ini (Himpunan Risalah Hassan Al-Banna) oleh pecinta kebenaran

0 comments:

About