MENARIK : SPESIS KACUKAN KELDAI DAN KUDA BELANG YANG BADASS

Seekor bayi Zonkey, iaitu spesies haiwan kacukan antara kuda belang dan keldai yang dinamakan Ippo, telah berjaya dilahirkan di sebuah rizab haiwan di Florence, Itali.


Induk jantan kepada Zonkey merupakan seekor kuda belang yang telah diambil oleh rizab haiwan ini selepas ia diselamatkan daripada sebuah zoo haram yang tidak mendapat tauliah penjagaan haiwan. Manakala, induk betina kepada Zonkey pula merupakan seekor keldai dari spesies Amiata, iaitu spesies yang sangat terancam.

Menurut Serena Aglietti, salah seorang pekerja di rizab haiwan berkenaan, memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa "Ippo adalah satu-satunya sepesies haiwan itu yang ada di Itali".



0 comments:

About