, ,

INFO MENARIK : KAPAL TERBANG EKSPERIMENTAL TANPA SAYAP

Secara logiknya sebuah kapal terbang memerlukan sayap untuk terbang. Tanpa sayap pastinya mustahil untuk sebuah kapal terbang meluncur melawan graviti. Tetapi tahukah anda ada beberapa pesawat di dunia yang boleh terbang tanpa mempunyai sayap.


Martin Marietta X-24A ialah kapal terbang yang tidak mempunyai sayap. Well that is not really true. X24A mempunyai sayap tidak konvensional. Badan X-24A berfungsi sebagai pesawat. Rekaan badan sebegini dipanggil lifting body. Bentuk badan X-24 ialah aerofoil dan mampu menghasilkan daya apungan seperti sayap konvensional.

X-24A ialah salah sebuah dari beberapa kapal terbang yang dibina bagi menguji rekaan paling baik untuk shuttle angkasa NASA. Ianya dibina pada tahun 1969 dan digunakan sehingga 1975. Sepanjang tempoh eksperimen X-24A dilancarkan dari sebuah pesawat pengebom B-52 sebelum meluncur menggunakan sistem roket. Kelajuan maksimum yang berjaya dicapai ialah 1667 kilometer sejam. Kapal terbang tanpa sayap ini kini boleh dilihat di National Museum of the United States Air Force Ohio. 




Laporan asal The Brigade

0 comments:

About