, ,

GADJET : 4 SEPTEMBER DISAHKAN TARIKH PENGUMUMAN SAMSUNG GALAXY NOTE 3.

note3
Sebelum ini kedengaran ura-ura pelancaran telefon terbaru dalam keluarga Galaxy Note dari Samsung iaitu Galaxy Note 3 akan diumumkan pada bulan September, nampaknya tarikh 4 September telah disahkan oleh Samsung apabila laman salah satu laman sosial twitternya telah menyebut tarikh berkenaan sekaligus secara rasmi mengesahkannya.
Poster acara ‘Samsung Unpacked 2013 – Episode 2′ dengan pesanan ‘NOTE the date 04.09.2013,Berlin’ itu memberikan bayangan pada perkataan ‘Note’ berkenaan.
Menurut laporan tambahan Sammobile lagi, Samsung dijangkakan akan memperkenalkan jam pintar pertama Android dari Samsung juga pada acara berkenaan.

Samsung Galaxy Note 3 diwar-warkan didatangkan dengan pelbagai variasi. Saiz skrin antara 5.7 inci hingga ke 6 inci turut dilengkapi dengan pemproses samada dari Snapdragon 800 (empat teras) ataupun Exynos5 Octa (lapan teras) dengan RAM besar 3GB. Malah kameranya juga dipertingkatkan menyamai kamera yang sama terdapat pada Galaxy S4.
unpacked-note
Sumber : Samsung Mobile (Twitter)

0 comments:

About