BERITA TERKINI : BAYI MATI LEMAS SELEPAS DIBIARKAN SEMALAMAN DI DALAM KERETA

Ini sebuah lagi kisah sadis yang melibatkan kematian seorang bayi akibat kelalaian ibu bapa. Dalam kejadian yang belaku di San Diego California ini, seorang bayi berumur 4 bulan mati lemas selepas dibiarkan semalaman di dalam kereta. Menurut laporan NBC, Israel Soto (30) dan Jessica Quezada (23) ibu bapa bayi ini pergi membeli belah pada hari jumaat yang lalu. Jasad bayi mereka ditemui oleh seorang ahli keluarga di dalam kereta mereka pada tengahari keesokan harinya. Apabila menyedari apa yang belaku Israel cuba menyelamatkan bayi beliau dengan memberi pernafasan mulut kemulut tetapi kesemuanya sudah terlambat. Menurut laporan NBC lagi suhu pada hari kejadian mencecah 36 darjah selsius. 

Israel dan Jessica ditahan oleh pihak berkuasa pada hari isnin atas kesalahan kelalaian dalam menjaga anak sehingga membawa kepada kematian. Pasangan ini mempunyai 3 lagi orang anak berumur 3, 2 dan setahun dan mereka semua kini di bawah penjagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat sementar ibu bapa mereka ditahan. Ini merupakan kejadian kematian di dalam kereta ke 24 tahun ini di Amerika Syarikat. 



Laporan asal NBC

0 comments:

About