Di akhir Perang Dunia Kedua tentera Jepun mencipta beberapa senjata kamikaze yang digunakan untuk menyerang tentera Amerika Syarikat. Mereka mencipta bot, kapal selam dan kapal terbang yang digunakan oleh pejuang berani mati mereka. Yokosuka MXY7 Ohka ialah pesawat pengebom berani mati berkuasa jet yang digunakan pada tahun 1945 sebagai langkah drastik Jepun untuk mengalahkan USA. Ohka (Bunga Sakura) dipandu oleh seorang juruterbang berani mati dan dilengkapi bom sebesar 1200 kilogram. Ia juga diperkasakan dengan tiga enjin roket yang mampu memberikan Ohka kelajuan maksimum 1040 kilometer sejam ketika menjunam. Lebih dari 800 Ohka dibina tetapi tidak kesemuanya digunakan oleh Jepun kerana kekurangan juruterbang dan pesawat pengebom yang mampu membawanya ke medan perang. Ianya juga sukar dikawal dan serangan ke atas armada USA tidak dapat dilakukan secara tepat. Oleh sebab itu Ohka diberikan gelaran Baka (Bodoh) oleh kelasi USA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment