22 Gambar Perkahwinan Izzue Islam Dan Awin Nurin | Alhadulillah, Izzue Islam, 23, telah selamat dinikahkan bersama pasangannya yang juga merupakan pengurus peribadi beliau sendiri iaitu Awin Nurin (Nurinafilah Waharudin,27) di Dewan Shah Alam pada jam 9.45 pagi tadi.
Hanya dengan sekali lafaz, Izzue Islam yang dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Waharudin Jonit,58, disertakan dengan mas kahwin sebanyak 11 dinar dan wang hantaran bernilai RM11,111,11 untuk pengantin perempuan.
Menurut Izzue Isam, “Sejak mengenali dia, hubungan kami semakin rapat tetapi tidak pernah terfikir pun untuk menamatkan zaman bujang. Namun, apabila jodoh sudah ditentukan bersama, saya memilih Awin sebagai isteri,” kata Izzue Islam.
Majlis resepsi pasangan ini akan terus diadakan pada tengahari ini bertempat di Dewan Shah Alam juga dan mereka memilih indoor garden sebagai tema.
Perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin mendapat perhatian ramai peminat kerana mereka berjaya merahsiakan percintaan selama lima tahun dari pengetahuan semua orang termasuk media sehinggalah mereka melangsungkan pertunangan pada Jun 2012 lalu.
Dari perkenalan Izzue Islam yang pernah bekerja di kedai makan pada tahun 2008, cinta mereka terus berputik dengan kejujuran dari kedua-dua belah pihak sehinggalah Awin Nurin bertindak menjadi pengurus Izzue Islam selepas pelakon dan juga salah seorang anggota kumpulan Forteen menceburi bidang lakonan pada tahun 2009.
Tahniah diucapkan kepada Izzue Islam dan Awin, semoga kekal bahagai sehingga keanak cucu, apapun jom kita lihat gambar perkahwinan mempelai ini yang lain dibawah.