Salam..
Mengenakan ukuran bra yang salah bukan setakat membuat penampilan payudara jadi serba tak kena malah memberi kesan buruk. Tadi aku ada baca jadi nak berkongsi dengan korang manalah tahu berguna ye dak? 70% wanita menggunakan bra dengan ukuran yang salah dan kebanyakan dari mereka mengeluh sakit punggung dan mengalami kesakitan pada tulang belakang.
Ukuran yang dipakai biasanya ukuran beberapa tahun yang lepas yang mana aku setuju sangat dengan statement nih. Hikhik. Rasanya ada yang pakai bra 2-3 tahun tanpa membeli yang baru katanya selesa walaupun umumnya payudara wanita nih membesar seiring dengan pertambahan usia terutama setelah memiliki baby.
Untuk itu, penting bagi seseorang wanita tengok semula bra yang dimiliki samada sesuai atau tidak kerana salah satu kajian yang aku baca, bila pakai bra yang salah ni boleh menyebabkan bahu membongkok, bentuk payudara menurun dan tulang belakang tertekan.
P/s: Kadang- kadang ramai yang mengambil remeh tapi apabila datang masalah yang aku listkan tadi baru tahu nak cari penyelesaiannya. Hurmm.. Apa pendapat korang?
0 comments:
Post a Comment