, ,

Info Menarik ; TV Yang Menonton Manusia

Syarikat penyiaran terkemuka di Jepun, NHK atau yang lengkapnya bernama Nippon Hoso Kyokai sedang mengembangkan sebuah teknologi baru dalam bidang penyiaran. Ia datang dari idea bagaimana supaya tv dapat mengenali tingkat perhatian atau minat dari penontonnya. Teknologi tersebut berusaha mengenali tayangan mana yang penonton suka dan tayangan mana yang penonton tidak suka. Dengan informasi tersebut, tv kemudian akan secara automatik menampilkan kandungan yang benar-benar diminati oleh penonton yang bersangkutan.

Teknologi
Bagaimana teknik mereka melakukan perkara tersebut. Secara teknik, sebuah kamera dan program yang tugasnya membaca memek wajah dari orang yang berada di depan tv. Kamera akan menangkap memek muka penonton dan kemudian mengirim gambarnya untuk diproses oleh program. Dari memek muka yang ditangkap oleh kamera, ada 4 parameter yang kemudian dinilai oleh program, iaitu perhatian/minat, konsentrasi, senyum dan kerutan. Nilai dari masing-masing parameter tersebut kemudian akan dikirakan untuk membuat kesimpulan apakah penonton tersebut suka atau tidak suka terhadap kandungan yang sedang ditonton. Programnya sendiri telah dibuat dan masih dalam penyempurnaan dengan nama UTAN (User Technology Assisted Navigation).
Buat masa ini , UTAN sudah boleh dijalankan di laptop atau PC, namum NHK mahukan program ini nanti boleh diintegrasikan di setiap television yang dijual di negara tersebut.
NHK sendiri optimis teknologi ini boleh direalisasi. Apalagi sekarang, teknologi tv telah berkembang sangat pesat dimana tv telah diintegrasi dengan internet dan malah telah boleh melakukan panggilan ‘video call‘ sehingga apa yang mereka lakukan bukan lagi sebuah perkara yang mustahil

About