Sebuah pertandingan bolasepak di liga Madagaskar sehingga sekarang masih memegang rekod jumlah gol terbanyak yang dijaringkan dalam satu pertandingan bolasepak.
Juara Madagaskar yang baru dinobatkan pada masa itu, AS Adema, mengalahkan musuh tradisi mereka, Stade Olympique I’Emyrne, dengan jumlah 149 : 0 dalam pertandingan liga nasional division teratas!
Tapi, jangan salah sangka Stade Olympique sebenarnya tidak selemah begitu sehingga kena ayam-ayam dengan AS Adema camtu jer.
Ia sebenarnya bukan kemampuan luar biasa AS Adema yang menghasilkan gol sebanyak itu. Ini kerana para pemain Olympique sendiri yang sengaja menghasilkan satu demi satu gol ke gawang mereka sebagai protes atas keputusan pengadil.
Radio Madagaskar masa itu melaporkan bahawa pemain Olympique mula memasukkan bola ke gawang mereka sendiri setelah jurulatih mereka (Ratsimandresy Ratsarazaka) bertengkar dengan pengadil.
Penonton yang diwawancarai oleh radio tersebut mengatakan bahawa setelah pertengkaran antara jurulatih Olympique dan pegawai pertandingan di tepi padang, para pemain Olympique terus menghalakan bola ke gawang mereka sendiri sehingga gol. Setelah itu kick off lagi, dan gol sendiri lagi. Demikian seterusnya sehingga gol yang dijaringkan 149 : 0.
Para pemain Adema hanya berdiri di padang dengan hanya menyaksikan lawan mereka menjaringkan gol sendiri. Juruhebah dari radio mendakwa, hasilnya adalah sebuah rekod dunia baru dalam jumlah jaringan gol pertandingan bolasepak division satu di suatu negara.
Olympique Malagasi adalah juara liga Madagaskar tahun 2001 yang juga mencatatkan prestasi mengejutkan pada kelayakan pusingan kedua Liga Champions Afrika pada masa itu (2002). Pertandingan hangat ini juga berlangsung pada tahun yang sama.
Nama-nama pemain yang membuat 149 gol sendiri tersebut tidak disebut, namun empat orang dari kelab SOE yang bertanggungjawab pada aksi tersebut adalah kaptennya sendiri Mamisoa Razafindrakoto, penjaga gol Dominique Rakotonandrasana, Manitra Andrianaina, dan Rakotoarimanana Tolojanahary yang akhirnya diberi hukuman berat oleh Madagascar FA.
Ketua Pasukan Olympique, Mamisoa Razafindrakoto
Pertandingan yang seolah-olah menjadi perlawanan lawak dan ditambah lagi dengan kemarahan penonton yang hadir pada pertandingan tersebut meminta wang ganti rugi mereka .
Apa pun mereka dah melakar rekod dunia!