Perlumbaan 24 jam LeMans tahun hadapan akan menjadi perlumbaan yang lain dari tahun sebelumnya dengan kehadiran Nissan ZEOD RC. Nama ZEOD RC dalah singkatan kepada Zero Emission On Demand Racing Car dan kenderaan elektrik berprestasi tinggi ini mampu memecut sehingga 300 kilometer sejam. Nissan masih belum mengumumkan spesifikasi penuh kereta lumba ini kerana mereka masih melakukan ujian pemilihan sistem tujahan yang bakal digunakan. Berapa lamakah bateri ZEOD RC akan bertahan sebelum perlu dicas. Tambah menarik ialah macam mana nak pit stop semasa racing 24 jam kelak. Sama-samalah kita menantikannya di LeMans 2014.
Laporan asal Nissan
0 comments:
Post a Comment