, ,

Kenderaan : KERETAPI ATAS JALAN

Pada tahun 1958 Tentera Darat Amerika Syarikat memerlukan trak tahan lasak dan off road yang boleh digunakan bagi membawa keperluan ketenteraan mereka di kawasan tanah lasak. Syarikat LeTourneau diberikan tanggung jawab membina prototaip "keretapi jalanan" ini. TC-497 Overland Train Mark II siap dibina pada tahun 1962 dan ianya terdiri dari sebuah lori gergasi 6 tayar setinggi 9 meter dengan 10 "gerabak" kargo. Ia juga dilengkapi 2 gerabak berenjin yang membantu TC 497 bergerak dikawasan tidak berturap. TC 497 diperkasakan dengan 3 enjin 1170 kuasa kuda dan mampu membawa berat kargo maksimum sebanyak 150 tan dengan jarak operasi maksimum 640 kilometer. Apabila kesemua gerabak TC 497 disambungkan ianya sepanjang 150 meter. Kesemua tayar pada kenderaan utama dan gerabak boleh dikawal sepenuhnya dari kepala lori. 


Kepala lori TC 497 mempunyai kabin, dapur dan bilik mandi untuk 6 orang anak kapal. Ianya juga dilengkapi dengan sistem radar ketika menjalani ujian ketenteraan. Walaubagaimanapun pihak tentera mendapati keretapi jalanan ini tidak mempunyai prestasi yang memuaskan. Ia hanya mampu bergerak dengan kelajuan maksimum 48 kilometer sejam. Tambahan lagi pada waktu ini helikopter Sikorsky S-64 Skycrane yang mampu membawa 20 tan kargo pada satu-satu masa didapati lebih praktikal digunakan dari sebuah keretapi daratan. Projek dihentikan dan kepala TC 497 dijual. Hari ini anda masih boleh melihat kepala TC 497 di Yuma Arizona. Hanya bahagian kepala sahaja masih wujud kerana bahagian pengangkut kargo dan enjin tambahan dijual sebagai sekerap selepas projek dibatalkan 



Laporan asal Wikipedia

0 comments:

About