Mengancam! Gambar Ferris Wheel Pertama Di Dunia (7 Foto) | Ini bukan Eye On Malaysia, tetapi adalah reka bentuk pertama Ferris Wheel yang di bina buat pertama kalinya di dunia. Mungkin agak teruja kerana reka bentuknya tak ubah seperti yang kita lihat di Fun Fair sewaktu ketika dahulu. Ferris Wheel yang pertama sekali di dunia telah dibina di Amerika pada tahun 1893, dan bertujuan untuk mengatasi kejuruteraan dalam pembinaan Menara Eiffel (Eiffel Tower). Pada tahun tersebut, World’s Fair telah diadakan di Chicago dan Amerika pada masa itu sangat bercita-cita tinggi untuk menarik perhatian dunia terutamanya Perancis, yang telah membina Eiffel Tower sebagai tarikan utama World’s Fair mereka.
George Washington dan Gale Ferris memutuskan untuk menewaskan rekaan pihak Perancis dengan membina sebuah keluli roda besar yang boleh berputar dengan tempat duduk mewah di mana para pengunjung boleh menikmati pandangan jelas Chicago dari udara.
Pada masa Ferris Wheel ini dibina, ia mempunyai ketinggian lebih sedikit daripada bangunan pencakar langit yang tertinggi di Amerika pada masa itu dan putaran roda besar itu dipacu dengan dua buah enjin stim dengan kapasiti 1000 kuasa kuda setiap satu. Roda tersebut dilengkapi dengan 36 buah tempat duduk dan boleh memuatkan 60 orang dalam setiap tempat duduk.
Idea tersebut telah berjaya mendapat perhatian dari seluruh dunia, dan yang pertama memberi respon adalah Britain dan kemudiannya merebak ke seluruh Eropah.