TEMPAT MENARIK : LALUAN BAGI PENDAKI BERANI MATI VERSI SEPANYOL

Laluan pendakian di Malaga Sepanyol. El Caminito del Rey (Denai Si Raja) dibina pada tahun 1901 untuk kegunaan pekerja yang membina sebuah empangan berhampiran. Pada tahun 1905 denai tepian bukit sepanjang 3 kilometer dan setinggi 100 meter ini akhirnya siap dibina. Ia mendapat nama El Caminito del Rey kerana pada tahun 1921 Raja Alfonso XIII berjalan di atas laluan ini ketika upacara pembukaan empangan yang baru siap. 

Selepas empangan siap dibina laluan ini mula terbiar tetapi masih dilawati pelancong. Pada tahun 2000 laluan ini ditutup kepada orang ramai kerana keadaannya yang uzur. Ada laluan yang sudah roboh dan berlobang. Berlaku juga beberapa kemalangan maut apabila lantai laluan roboh secara tiba-tiba. Pada tahun 2011 terdapat perancangan membaiki El Caminito del Rey dengan kos EURO 9 Juta (RM 38 juta) tetapi kini Sepanyol sudahpun bankrap dan ditak pasti adakah projek membaikipuli akan dilakukan.




Laporan asal Amusing Planet

0 comments:

About