, ,

KENDERAAN : ENJIN PESAWAT TERBESAR DI DUNIA

Enjin Turbofan General Electric GE90 ialah enjin kapal terbang terbesar dan juga paling berkuasa di dunia. Enjin ini dihasilkan pada tahun 1995 untuk kegunaan pesawat Boeing 777. Diameter GE-90 ialah selebar 3.25 meter. Ini adalah lebih besar dari enjin yang digunakan pada pesawat penumpang terbesar di dunia A380 yang hanya selebar 2.95 meter! 


Pada awalnya enjin ini hanya mampu menghasilkan tujahan sebanyak 77 000 pound (33 565 Kilogram) tetapi pada rekaan terkini enjin GE90-115B mampu menghasilkan tujahan maksimum 127 900 pound (58 014 Kilogram). Jumlah tujahan yang dihasilkan GE90-115B jauh lebih besar dari tujahan enjin Rolls Royce Trent 900 yang digunakan pada A380. Rolls Royce Trent 900 hanya mampu menghasilkan tujahan sebanyak 84098 pound (34 146 Kilogram).

Dalam sebuah ujian yang dilakukan oleh General Electric, sebuah enjin GE90-115B dipasang pada pesawat ujian Boeing 747. Dari gambar di bawah anda boleh lihat perbezaan saiz GE90 berbanding saiz enjin yang biasa digunakan pada pesawat 747. General Electric mendapati sebuah enjin GE90-115B boleh digunakan untuk menerbangkan pesawat ujian 747 mereka! 



Laporan asal Wikipedia

0 comments:

About