, ,

Berita Terkini : Pintu Rafah dibuka semula selepas 6 hari ditutup



Pihak berkuasa Mesir membuka semula pintu sempadan Rafah bagi memberikan peluang kepada rakyat Palestin di Gaza masuk dan keluar Mesir seperti baiasa untuk menguruskan keperluan harian mereka.

Pembukaan pagi ini itu dibuat selepas enam hari berturut-turut ianya ditutup selepas pihak tentera melakukan rampasan kuasa terhadap Presiden Dr Mohammad Morsi.

Berita pembukaan itu disambut penuh syukur penduduk Gaza yang sebelum ini terpaksa berkampung dipintu masuk itu menunggu ianya dibuka.

Ianya juga turut mengembirakan rakayat Palestin di Mesir yang akhirnya boleh balik bertemu keluarga di Gaza untuk menyambut hari pertama Ramadan bersama mereka.

Sejak awal pagi, ratusan penduduk Gaza yang ingin menyeberangi pintu sempadan terpaksa beratur panjang. Pihak berkuasa Mesir hanya mengehadkan waktu pintu tersebut dibuka sebelum ditutup semula.- HD

0 comments:

About