Berita Terkini : Jerman dan AS gesa pembebasan segera Morsi


Jen Psaki
Amerika Syarikat pada hari Jumaat menggesa tentera Mesir supaya membebaskan Presiden Mohamed Morsi yang digulingkan kerana  jutaan penyokong beliau berikrar untuk terus berjuang bagi mengembalikan hak beliau.

Jurucakap Jabatan Negara Jen Psaki berkata Amerika Syarikat bersetuju dengan gesaan Jerman supaya Morsi dibebaskan dan " secara terbuka" membuat gesaan yang sama.

Sebelum itu Barrack Obama teleh mengesa tentera Mesir supaya segera mengembalikan pemerintahan kepada kerajaan awam yang dipilih secara demokrasi.

Morsi telah ditahan di "tempat selamat," menurut pemimpin interim Mesir. Morsi tidak pernah dilihat di khalayak ramai sejak kejatuhannya pada 3 Julai.

Menurut Psaki lagi, pegawai AS telah berhubung dengan semua sektor masyarakat Mesir dan Washington telah mengulangi gesaan Jerman untuk "menamatkan sekatan ke atas Morsi."

Jurucakap kementerian Jerman menuntut  supaya"institusi yang dipercayai" seperti Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah diberikan akses kepada Morsi.

0 comments:

About