, ,

MENARIK : BANGGALAH MENJADI DIRI SENDIRI!!!

AKU ADALAH AKU. Orang lain bukan diriku. BANGGAKANLAH MENJADI DIRI SENDIRI.

Setiap orang memiliki keterbatasan pada dirinya, dimana setiap orang memiliki kekurangan dan kelebihan pada dirinya. Kita tidak mungkin dapat menjadi orang lain walaupun mungkin kita dapat melakukan sesuatu sama seperti orang lain, namun yakinilah kau tidak akan menemukan sebuah kebahagiaan yang terkandung di dalamnya, hal ini jelas berbeda dengan sebuah kepribadianmu yang kau miliki.

Kenalilah dirimu, cintailah dirimu sendiri sebelum mencintai orang lain, syukurilah walaupun dgn segala keterbatasan yang ada yg melekat pada dirimu kini, tidak ada gunanya mengeluh dgn segala yg ada, tidak ada gunanya terus tenggelam dalam kesedihan, yg harus kau perlukan kini adalah semangat juang, rasa cinta kasih, yang akan memberikanmu ketabahan dan ketenangan sehingga kau mampu menyedari bahawa sedih mahupun senang sentiasa silih berganti menghampiri dirimu,..

Jika kau tak mampu mengenali dirimu sendiri maka kau takkan menemukan sebuah kebahagiaan dan jika kau tak menemukan kebahagiaan di dalam dirimu maka kau takkan pernah menemukan kebahagiaan di tempat manapun...

Tidak dikatakan sempurna sekalipun kurang satu. Bagi yang mementingkan nilai sempurnaan, setiap satu dianggap sangat bernilai. Satu menjadi penentu dan penggenap kepada yang lain. Bermakna, setiap satu adalah saling bergantung kepada yang lain dan dianggap sempurna sekiranya ada pada keseluruhannya. Dalam bahasa yang paling mudah: semua orang memerlukan orang lain dalam kehidupan mereka. Manusia tidak mungkin dapat hidup bahagia secara menyendiri. Hidup bersendirian. Yakinlah bahawa kehidupan ini dicipta untuk dibangunkan dn di manfaatkan demi kesejahteraan manusia. Hak manusia untuk terus hidup sebagai kelangsungan untuk menghidupkan suasana kemanusiaan. Manusia itu sendiri adalah lambang kehidupan yang sejagat dan menjadi pusat kebahagiaan dunia yang sebenar. Namun dalam mencari kebahagiaan hidup, manusia sering alpa dan tidak pasti tentang konsep kebahagiaan dalam kehidupan yang sebenar. Percayalah bahawa ketentuan dalam hidup ini tetap akan berlaku, walau bagaimana kita cuba dan berusaha untuk menghindarinya.

Inilah kelemahan manusia.satu hakikat. Berbanggalah menjadi anda. Sentiasalah menjadi diri sendiri. Yakinlah bahawa setiap diri individu mempunyai kelebihannya tersendiri. Dalam membina keyakinan diri seharusnya bermula dari kekuatan dalaman. Anda adalah apa yang anda fikirkan.

Fikir-fikirkanlah....

0 comments:

About