, ,

MENARIK : Perodua Jaguh, Kereta Sedan Pertama Keluaran PeroduA

Sudah lama kita mendengar desas-desus mengenai kemungkinan pengeluaran sebuah model terbaharu dalam kategori sedan kompak dari Perodua, tetapi setakat ini pihak Perodua masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi tentang kebenarannya. Adakah anda percaya bahawa Perodua benar-benar serius untuk melancarkan sebuah model sedan untuk pasaran Malaysia?


Terkini, berita yang agak menggemparkan namun masih belum dapat disahkan ialah Perodua akan melancarkan sebuah model sedan dalam tempoh terdekat ini, buktinya ialah ‘brochure’ model berkenaan telah pun bocor melalui laman blog Theophilus Chin. Nama model berkenaan iaitu Perodua Jaguh sememangnya agak unik, ia mengingatkan kita kepada sebuah motosikal ‘chopper’ tempatan keluaran Modenas.

Perodua Jaguh? Sukar dipercayai, tetapi mungkin ada kebenarannya. Melihat kepada gambar di atas, model yang dimaksudkan itu merupakan salinan daripada model Toyota Etios yang ketika ini sudah berada di beberapa pasaran negara luar seperti India. Jadi, adakah anda dapat menerima hakikat bahawa Perodua akan melancarkan sebuah model sedan kompak bernama Jaguh?



0 comments:

About