, ,

AMARAN : Perancangan Israel Dalam Perang Saudara Negara Islam

Peperangan 'Muslim brotherhood' di tanah Arab sehingga kini masih menemui jalan buntu untuk diselesaikan, malah menjadi lebih kompleks dan rumit berikutan beberapa buah negara besar Islam hanya mampu berdiam diri dan perbezaan dalam pendapat sebagai titik utama untuk menutup mata serta telinga. Bukan setakat perkara di Palestin, tetapi begitu juga di Mesir dimana Recep Tayyip Erdogan selaku Perdana Menteri Turki mengecam negara-negara Islam yang berdiam diri dengan rampasan kuasa yang berlaku di Mesir. Ia seolah-olah mereka menerima kejadian rampasan kuasa tersebut yang turut menumbangkan Perdana Menteri Mesir, Mohammad Morsi yang sah dipilih oleh rakyat

































Dalam pelan yang semakin membimbangkan, Amerika Syarikat dan Israel sedang mencari jalan untuk menyemai perpecahan dan perang saudara di dalam negara-negara Islam. 

Rakyat Tunisia, Mesir, Syria, Libya, Turki dan lain-lain! Berhati-hati kerana kini, ejen-ejen Amerika dan Israel berazam untuk membubarkan dan memisahkan negara anda kepada negara-negara kecil dan lemah. Elakkan perbalahan dan jagalah negara anda agar selamat daripada komplot dengan menjadi saudara antara satu sama lain.



Dalam video ini, Erdogan telah menyelar Dunia Islam (27/7/2013)

Hey, dunia Islam! Adik-beradik dan saudara-saudara anda sedang disembelih. Keadilan, hak dan kesedaran di Mesir sedang disembelih. 

Bila anda akan mendengarnya? 
Bila anda akan melihatnya? 
Bila anda akan sedar bahawa itu adalah darah saudara-saudara anda yang ditumpahkan? 
Anda juga tidak sedar dengan apa yang berlaku di Syria. 
Ratusan ribu orang terbunuh di sana dan anda tidak tidak langsung bersuara. Anda masih senyap membisu.

Tetapi untuk berapa lama? Jangan lupa, perkara yang sama turut boleh berlaku kepada anda tidak lama lagi.


Sumber asal: Anonymous Palestine

0 comments:

About