Artikel ini adalah sambungan kepada artikel Mengenali asal usul fahaman syiah Adalah lebih bermakna jika anda membaca terlebih dahulu artikeh tersebut terlebih dahulu dan kembali ke sini selepas membaca artikel berkenaan.
Perang Siffin
Sebelum Pertempuran
Situasi pembunuhan Uthman dan kekhalifahan Ali telah dimanipulasi oleh Abdullah bin Saba’ serta pengikut-pengikutnya (Sabaiyyah). Mereka menyebarkan fitnah di kalangan penduduk Syam yang mengatakan bahawa Saidina Ali Bin Abi Thalib bersubahat di dalam peristiwa pembunuhan Saidina Uthman. Oleh kerana itu, dia berlengah-lengah dalam mengambil tindakan terhadap pembunuh Saidina Uthman.
Di Madinah pula, mereka menimbul cerita mengatakan bahawa Muawiyah dan penduduk Syam tidak mahu membai‘ah dan mengakui Saidina Ali sebagai Khalifah. Apabila keadaan semakin tegang, tampil dua sahabat Rasulullah s.a.w untuk meredakan keadaan. Sahabat tersebut ialah Abu Umamah al-Bahili dan Abu Dharda r.a. Mereka berdua pergi ke Syam untuk bertemu dengan Muawiyah.
Setibanya mereka di hadapan Muawiyah, mereka pun berkata, “Wahai Muawiyah.. Mengapakah kamu tidak mahu bai‘ah dan mengakui Saidina Ali sebagai Khalifah yang ke-empat? Lupakah kamu tentang siapakah Saidina Ali itu? Bukankah kamu tahu bahawa Ali Bin Abi Thalib merupakan orang yang terawal memeluk Islam, lebih awal dari kamu dan dan lebih awal dari bapak kamu memeluk Islam. Adakah kamu lupa bahawa Saidina Ali itu merupakan sepupu dan juga menantu kepada Nabi SAW?”
“Wahai Muawiyah.. jangan kamu lupa siapa sebenarnya Saidina Ali, dan dengan segala keistimewaan yang ada pada dia, sesungguhnya dia layak untuk menjadi Khalifah. Maka kenapa kamu tidak mahu bai‘ah kepadanya?”
Mendengarkan pertanyaan dari sahabatnya itu, lalu Muawiyah menjawab: “Janganlah kamu salah faham. Sesungguhnya, aku bukan tidak mengakui Saidina Ali sebagai Khalifah. Sememangnya dia layak menjadi khalifah dan sememangnya aku tidak layak. Tetapi, aku tidak puas hati kerana dia tidak mengambil tindakan terhadap pembunuh Saidina Uthman. Aku tidak berpuas hati pembunuh Uthman dibiarkan bebas. Aku berijtihad bahawa hukuman Qisas mesti dijatuhkan kerana orang ini telah membunuh Uthman. Aku mahukan ini bukan kerana Uthman sepupu aku, tetapi Uthman itu seorang yang baik dan dia tidak patut dibunuh”.
Namun jawapan itu tidak mampu menenangkan keadaan kerana situasi tidak boleh dikawal lagi. Walaupun Muawiyah telah dipecat oleh Ali sebagai gabenor Syam tetapi rakyatnya masih lagi taat setia kepada Muawiyah. Beliau tidak akan berbai’ah kepada Ali sehingga pembunuh Uthman dibunuh. Jika tidak, Muawiyah sendiri yang akan mengambil tindakan.
Mendengar jawapan yang sedemikian, Ali menyiapkan pasukannya seramai 150,000 tentera (disertai juga penduduk Kufah & Basrah) dan mula bergerak dari Kufah kearah Syam. Senario ini menyebabkan Muawiyah juga mempersiapkan pasukannya seramai 130,000 orang.
Menurut Syaikh Muhib Al-Din Al-Khatib rahimahullah (1389H) menjelaskan:
“…lalu Ali berangkat meninggalkan Kufah dan menuju di permulaan jalan yang menuju ke arah Syam dari Iraq. Ali mengisyaratkan supaya orang ramai tetap tinggal di Kufah dan mengirimkan yang selainnya ke Syam. Sampai berada kepada Muawiyah bahawa Ali telah mempersiapkan pasukannya dan Ali sendiri keluar untuk memerangi beliau. Maka para pembesar Syam mengisyaratkan kepada Muawiyah agar dia sendiri turut keluar (untuk berhadapan dengan pasukan Ali). Maka orang-orang Syam berangkat menuju ke Sungai Furat melalui Siffin dan Ali maju bersama pasukannya menuju Siffin juga.
…Seandainya Ali tidak mempersiapkan pasukan yang bergerak dari Kufah nescaya Muawiyah tidak akan bergerak (dari Syam).” [catitan notakaki kepada Al-‘Awashim min Al-Qawashiam, ms. 166 & 168]
Tercetusnya Perang Siffin
Akhirnya kedua-dua angkatan perang ini bertemu di satu lembah yang bernama Lembah Siffin. Khalifah Ali membuat tuntutan terakhir kepada tentera Muawiyah supaya menyerah dan mengiktiraf beliau sebagai khalifah tetapi Muawiyah menolak dengan meminta pembunuh Uthman dihukum terlebih dahulu sebelum membai’ah Ali.
Akibatnya pada 8 Safar 36H (26 Julai 657), Khalifah Ali mengarahkan serangan dan bermulalah Perang Siffin. Peperangan ini bermula pada hari Rabu, Safar 37H (Mei-Julai 657) dan berakhir pada malam sabtu. Seramai 70 ribu tentera terkorban dari kedua belah pihak. Antara sahabat yang gugur di dalam perang ini ialah Ammar Bin Yasir ra dan Hashim ibn Utba ra.
Ketika pertempuran berlaku, Tentera Ali di unit pasukan Basrah diketuai oleh al-Ashtar berjaya membuatkan Muawiyah berundur dari medan pertempuran. Apabila pertempuran berterusan kepada hari ketiga, Muawiyah berasakan tentera mereka akan kalah.
Amru Al-As akhirnya mencadangkan agar digunakan al-Quran untuk melakukan perundingan. Muawiyah menerima cadangan ini dan mengarahkan orang-orangnya meletakkan 500 buah Quran di hujung tombak dan menjerit, "Undang-undang Tuhan! Ini akan memutuskan di antara kita!" Dengan ini ia bermaksud kedua-dua pihak hendaklah berhenti bertempur dan menyelesaikan pertelingkahan dengan perundingan aman di bawah tatatertib Islam.
Tindakan ini menyebabkan tentera Ali serba salah dan berhenti bertempur . Khalifah Ali bagaimanapun menyeru tenteranya terus berjuang dengan mengatakan Muawiyah melakukan helah ketika hampir kalah tetapi tentera Ali serba salah dan ragu-ragu untuk meneruskan pertempuran.
Ali dan al-Ashtar memberi arahan kepada tenteranya tetapi tidak dapat mengubah fikiran mereka semua. Mereka menuduh al-Ashtar menjadi penghasut yang suka peperangan, malah mengugut akan berpihak kepada Muawiyah. Dengan keadaan tersebut Ali tidak mempunyai pilihan lain selain daripada menamatkan pertempuran dan menerima perundingan dengan pasukan Muawiyah. Beberapa bulan kemudian, Ali menghantar ketua utusannya Abu Musa al-Asy’ari untuk berunding dengan utusan Muawiyah, Amru bin al-As yang dinamakan Peristiwa Tahkim.
Peristiwa Tahkim
Terdapat 2 versi penceritaan berkenaan Peristiwa Tahkim ini. Menurut versi yang popular dan menjadi pegangan Syiah ialah dari kitab Tarikh al-Tabari r.h yang diriwayatkan oleh Abu Mikhnaf Lut bin Yahya al-Kufi sebagai berikut:
“Kedua-dua utusan bersetuju untuk memecat Ali r.a dan Muawiyah r.a dan menyerahkan perlantikan Khalifah yang baru kepada kaum muslimin. Abu Musa mengisytiharkan pemecatan Ali dan mengembalikan hak perlantikan Khalifah kepada kaum muslimin. Kemudian Amru bangun mengisytiharkan Muawiyah r.a sebagai Khalifah. Keadaan ini menimbulkan huru hara dan Abu Musa al-Asy’ari r.a telah melaknat Amru bin al-As r.a dengan memanggil beliau sebagai pengkhianat dan anjing. Kemudian kedua-dua pihak kembali kepada ketua masing-masing, Ahli Kufah kepada Ali r.a kecuali Abu Musa yang melarikan diri kerana malu dan Ahli Syam kembali kepada Muawiyah” [Tarikh al-Tabari, juz 5, Bab Berita Perhimpunan Keduanya (Ali dan Muawiyah)].
Abu Mikhnaf Lut bin Yahya al-Kufi adalah periwayat yang banyak meriwayatkan kisah-kisah sejarah dan menjadi rujukan fakta bagi golongan Syiah. Abu Mikhnaf adalah seorang yang tidak dipercayai pada riwayatnya oleh golongan sunni (ASWJ). Menurut pandangan ASWJ menyatakan Imam al-Bukhari ada membicarakan Peristiwa Tahkim didalam kitab Tarikh Kabir [5/398] dan Ibn Asakir dalam kitab Tarikh Damsyiq [46/175], al-Daruqatni sebagaimana yang dinyatakan Abu Bakar Ibn al-Arabi r.h dalam al-Awasim [m.s 143-144] sebagai berikut:
“Setelah Muawiyah r.a memecat Amru bin al-As r.a daripada jawatan gabenor Mesir (ketika itu Muawiyah r.a telah menjadi Khalifah), Amru bin al-As r.a telah membina fustat (khemah tempat tinggal) beliau berdekatan dengan fustat Muawiyah r.a dan selalu duduk di khemahnya itu, lalu Muawiyah r.a telah mengutusku kepadanya dan berkata: ‘Pergilah kamu kepadanya dan beritahu kepadanya telah sampai kepadaku sesuatu yang aku tidak suka berkenaannya, tanya kepadanya berkenaan peristiwa ketika dia berkumpul dengan Abu Musa al-Asy’ari (semasa Peristiwa Tahkim) bagaimana mereka lakukan?’ Maka aku pergi kepadanya dan berkata: ‘Ceritakanlah kepadaku bagaimana sebenarnya yang berlaku pada hari kamu berjumpa dengan Abu Musa al-Asy’ari?’. Kata beliau: ‘Manusia telah bercerita dengan pelbagai cerita tetapi apa yang mereka ceritakan itu bukanlah yang sebenarnya demi Allah, tetapi apabila aku telah bertemu dengan Abu Musa aku berkata kepada beliau: Apakah pendapat kamu berkenaan perkara ini? Kata Abu Musa: Aku lihat perkara ini (pertlingkahan) berlaku antara kaum yang telah diredhai Rasulullah s.a.w ketika baginda wafat. Kataku: Bagaimana pendapat kamu mengenai aku dan Muawiyah? Kata Abu Musa: Jika dia (Ali r.a) meminta bantuan kamu berdua maka kamu berdua perlu menolongnya namun jika dia tidak meminta bantuan kamu maka demikianlah urusan Allah pada kamu berdua”.
Kesan Peristiwa Tahkim
Peristiwa Tahkim ini berakhir dengan tiada keputusan muktamad dan tidak sah kerana tidak ditandatangani oleh Khalifah Ali. Saidina Ali r.a terus kekal sebagai Khalifah dan Saidina Muawiyah r.a terus kekal sebagai Gabenor Syam.
Perundingan dalam Peristiwa Tahkim ini dibuat beberapa bulan selepas perang dan jika perundingan dibuat serta merta, Ali mungkin akan meneruskan kembali pertempuran.
Sementara itu pengikut Ali berpecah. Sekumpulan tentera berjumlah 12,000 orang berpecah daripada tentera utama yang tidak bersetuju hasil perbincangan ini. Tentera ini akhirnya menjadi teras kepada golongan Khawarij. Khawarij berpakat untuk membunuh Ali r.a, Mu’awiyah r.a, Amr al-As r.a dan Abu Musa al-Asy’ari r.a. Bagaimanapun rancangan mereka hanya berjaya membunuh Khalifah Ali.
Akhir sekali, Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah telah menegaskan:
“Dan Muawiyah bukanlah daripada kalangan mereka yang memilih untuk memulakan perang, bahkan beliau daripada kalangan yang paling menghendaki agar tidak berlaku perang ….. yang benar adalah (dengan) tidak (sepatutnya) berlakunya peperangan. Meninggalkan peperangan adalah lebih baik bagi kedua-dua pihak. Tidaklah dalam peperangan tersebut (Perang Siffin, wujud satu) pihak yang benar. Akan tetapi Ali lebih mendekati kebenaran berbanding Muawiyah. Peperangan adalah peperangan kerana fitnah, tidak ada yang wajib dan tidak ada yang sunat dan meninggalkan perang adalah lebih baik bagi kedua-dua pihak. Hanya sahaja Ali adalah lebih benar. Dan ini merupakan pendapat (al-Imam) Ahmad dan kebanyakan ahli hadis dan kebanyakan para imam fiqh dan ini juga merupakan pendapat para tokoh sahabat dan tabi’in yang selalu mendapat kebaikan.” [Minhaj al-Sunnah, jld. 4, ms. 447-448]
Perlantikan Khalifah Muawiyah
Semasa Saidina Ali memegang tampuk pemerintahan, beliau tidak pernah mewasiatkan sesiapa untuk menjadi calon penggantinya. Menurut Al-Imam al-Baihaqi rahimahullah (458H) meriwayatkan bahawa orang ramai meminta Ali melantik bakal pengganti beliau. Lalu Ali menjawab:
“Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak melantik seorang pengganti (maka aku tidak akan menyelisihi sunnah sedemikian). Akan tetapi jika Allah mengkehendaki kebaikan kepada manusia, Allah akan mengumpul mereka sesudah aku di atas kebaikan mereka (sendiri) sebagaimana Allah telah mengumpul mereka (para sahabat) sesudah Nabi mereka shallallahu 'alaihi wasallam di atas kebaikan mereka (sendiri).” [al-Sunan al-Kubra (diteliti oleh Muhammad ‘Abd al-Qadir ‘Atha’; Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut, 1999), riwayat no: 16573]
Pengikutnya juga pernah meminta kepada beliau agar mengangkat Saidina Hasan ra sebagai Khalifah ketika menghampiri saat kematiannya. Beliau tetap menegaskan;
"Saya tidak memerintahkan kalian dan saya juga tidak melarang kalian, saya tinggalkan kalian sebagaimana Rasulullah meninggalkan kalian." ( H.R. Ahmad )
Selepas kemangkatan Khalifah Ali, masyarakat Islam telah bermuswarah mengangkat Hasan sebagai khalifah untuk menggantikan ayahnya. Orang pertama yang mencadangkan beliau ialah Qays ibn Sa’d ibn Ubadah. Qays juga mencadangkan kepada Hasan untuk menghantar bala tentera bagi memerangi Syam (Muawiyah). Hasan menghantar ribuan tentera ke Syam dan bertembung dengan tentera Muawiyah yang sedang menunggu di al-Madain. Seterusnya, berlakulah pertempuran yang dikuasai sepenuhnya oleh tentera Muawiyah.
Penduduk/Tentera Kufah sendiri tidak bersatu padu menyokong sepenuhnya kepada Hasan. Terdapat sebilangan yang mengkhianati, belot dan meragui Hasan sebagai pemimpin. Apabila Hasan melihat keadaan masyarakat Islam telah berpecah belah, lalu beliau menulis sepucuk surat kepada Muawiyah yang telah kembali ke Syam untuk mengadakan perdamaian antara dua pihak. Hasan lebih mengingini kemaslahatan dan perpaduan umat Islam. Pada saat itu umat Islam juga masih berselisih kerana para pembunuh Uthman r.a yang masih belum dikesan. Hasan ingin menutup perselisihan ini dengan perdamaian tersebut yang menjadi asas kepada penyerahan jawatan khalifah kepada Muawiyah.
Muawiyah menerima cadangan tersebut lalu menghantar Abdullah ibn Amir dan Abd. Rahman ibn Samurrah kepada Hasan di Kufah. Dalam perbincangan tersebut, Hasan menyampaikan hasratnya untuk menyerahkan jawatan khalifah. Muawiyah juga diminta tidak melantik pengganti jawatan khalifah seterusnya. Urusan perlantikan khalifah hendaklah diserahkan kepada ahli syura. Muawiyah juga hendaklah mengekalkan keamanan dengan tidak memerangi penyokong-penyokong Ali dan Hasan sendiri, selain itu hendaklah menjaga kebajikan ahlul bait. Muawiyah juga tidak dibenarkan menghukum orang yang tidak disukainya sebelum itu, membalas dendam atau sebagainya.
Perdamaian ini mengingatkan ramai para sahabat dan Muawiyah sendiri akan sabda Rasulullah s.a.w; “Sesungguhnya cucuku ini adalah Sayyid, semoga Allah mendamaikan dengannya dua kumpulan umat Islam yang sedang berselisih.” [Shahih al-Bukhari – hadis no: 3629]
Tahun perdamaian ini dikenali A’mul Jamaah kerana kaum muslimin bersatu dibawah satu pemimpin. Penyerahan kuasa ini berlaku di Kufah pada hari Khamis bulan Rabiul Awwal 41H. Sesetengah pendapat mengatakan pada awal bulan Jamadil Awwal. Hasan dan diikuti oleh Muawiyah telah menyampaikan pengistiharan itu dihadapan penduduk Kufah dan para muslimin selepas proses bai’ah selesai dijalankan. Begitulah akhirnya kekhalifahan Hasan melepaskan jawatannya yang disandang selama 6 bulan sahaja.
Salah seorang penduduk Kufah, Abu Amir Said ibn al-Natl menemui Hasan lalu berkata “Sejahtera ke atasmu wahai penghina kaum muslimin!” Hasan menjawab “Janganlah berkata begitu wahai Amir. Aku bukan berniat menjadi penghina kaum muslimin akan tetapi yang sebenarnya aku enggan (tidak suka) memerangi mereka lantaran berebutkan kekuasaan”.
Kemudiannya, Hasan dan seluruh keluarganya termasuk Husain pun meninggalkan Kufah dan menuju ke Madinah al-Munawwarah. Disepanjang perjalanannya, pelbagai rungutan dan kemarahan dilemparkan oleh penyokongnya kerana Hasan melepaskan jawatan khalifah kepada Muawiyah.
Hampir sepuluh tahun Hasan ra. tinggal di Madinah, dan waktunya banyak dihabiskan untuk beribadah dan mengajar agama, malah menuntut ilmu dari kalangan sahabat yang masih ada.
Pada 28 Safar 50H, Saidina Hasan meninggal dunia dalam usia 47 tahun dan dimakamkan dipemakaman umum Baqi’. Menurut versi syiah, beliau wafat kerana diracun oleh isterinya sendiri yang diarahkan oleh Muawiyah.
SAIDINA HUSAIN KE KUFAH
Apabila Muawiyyah r.a meninggal dunia maka anaknya Yazid bin Muawiyyah r.a telah diangkat menjadi penggantinya sebagai Khalifah.
Namun begitu penduduk Kufah yang rata-ratanya yang menyokong ahlul bait telah menolak kepimpinan Yazid dan ingin melantik Saidina Husain sebagai khalifah yang baru.
Syits bin Rab'ie dari Kufah menulis surat kepada Saidina Husain menjemput beliau ke Kufah untuk tujuan tersebut. Mereka bukan sekadar berjanji akan taat setia kepada kepimpinan Saidina Hussain malah mereka sanggup untuk menghunus senjata demi membela beliau serta menjatuhkan kerajaan Bani Umaiyah pimpinan Khalifah Yazid.
Mendengarkan sokongan yang padu dari penduduk Kufah, maka beliau (Saidina Husain) mengutuskan Muslim bin ‘Aqil untuk meninjau keadaan sebenar di Kufah. Saidina Husain memaklumkan niat pemergiannay ke Kufah kepada para sahabat serta ahli keluarga untuk mendapatkan pandangan mereka.
Namun demikian para sahabat serta ahli keluarganya seperti ‘Abdullah Ibnu Abbas, Muhammad bin al-Hanafiyah, ‘Abdul Rahman bin Hisyam al-Makhzumi, ‘Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib, Abdullah bin Muti’ al-Afdawi, ‘Amru bin Sa’id, ‘Abdullah bin ‘Umar, Abu Sa’id al-Khudri dan lain-lain menasihat dan cuba menghalang niat Saidina Husain tersebut.
Ini adalah kerana mereka tidak percayakan kejujuran penduduk Kufah. Menurut mereka, penduduk Kufah inilah kelompok yang pernah menyokong ‘Abdullah Ibnu Saba’ yang terlibat dalam pembunuhan ‘Uthman bin ‘Affan r.a, mengkhianati Saidina ‘Ali serta Saidina Hassan r.a. Mereka berpandangan sokongan kuat yang menurut khabarnya datang dari penduduk Kufah hanyalah palsu dan tindakan mereka ini merupakan dalih mereka untuk menimbulkan susana kacau-bilau di dalam masyarakat Islam.
Bagaimanapun nasihat mereka gagal untuk menghentikan hasrat Husain untuk ke Kufah. Saidina Hussain pernah berkata, "saya bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dan saya telah melakukan sesuatu yang telah ditentukan kepada saya tanpa mengira ia mendatangkan keburukan kepada diri saya atau memberikan keuntungan kepada saya.
Lalu ‘Abdullah bin Yahya berkata: Apakah mimpi anda itu?
Jawab al-Hussain: Saya tidak dapat menceritakannya kepada seseorangpun, malah saya tidak boleh memberitahu kepada seseorangpun sehingga saya bertemu dengan Allah (kematiannya) – Rujuk Tarikh al-Umam wa al-Muluk, jilid 4, ms. 388. Penulis nukil dari buku Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula, ms. 270.
Malah Saidina Husain sudah tekad mengatakan, "Saya sudah melakukan istikharah dan akan berangkat kesana".
Apabila mendengar pergerakan rombongan Saidina Hussain bersama 72 pengikutnya ke Kufah maka Yazid memerintahkan gabenor beliau di Basrah iaitu Ubaidullah bin Ziyad serta tenteranya untuk berangkat ke Kufah bagi memantau pergerakan Saidina Hussain serta kebangkitan orang-orang Kufah.
Pesanan Yazid kepada Ubaidullah bin Ziyad: "Saya mendapat tahu bahawa Husain telah menuju ke Iraq. Oleh itu berkawallah di kawasan-kawasan perbatasan negeri. Sesiapa yang diragui, tahanlah dia dan sesiapa yang tertuduh tangkaplah dia. Tetapi jangan engkau perangi kecuali orang yang memerangi mu dan tulislah selalu kepada ku tentang apa yang berlaku". – Al-Bidayah Wa al-Nihayah, jilid 8, ms. 165. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Saidina Husain di Karbala yang ditulis oleh Mawlana Muhammad Asri Yusoff.
PEMBUNUH SEBENAR SAIDINA HUSSAIN
Terdapat dua versi riwayat kisah pembunuhan Saidina Husain di Karbala yang berlaku pada 10 Muharram 61H;
Versi Pertama
Ubaidillah bin Ziyad, gabenor Kufah dikatakan amat membenci Saidina Husain telah bertindak berlebihan dari arahan sebenar Yazid lalu menyerang Saidina Hussain dan rombongannya di Karbala. Tindakan Ubaidillah bin Ziyad bertujuan untuk menunjukkan kehebatannya kepada khalifah. Tindakan penduduk Kufah yang sanggup untuk berkorban jiwa dan raga untuk mengangkat Saidina Husain telah melarikan diri apabila melihat kemaraan tentera Ubaidillah bin Ziyad.
Maka terpaksalah Saidina Hussain dan rombongannya yang hanya berjumlah sekitar 70 orang berhadapan dengan tentera Ubaidillah yang jauh lebih besar jumlahnya dari mereka.
Sampai akhirnya, terbunuhlah Saidina Husain r.a sebagai orang yang dizalimi dan sebagai syahid di tangan kerakusan Ubaidillah. Kepala Saidina Ali dipenggal dan disusuk dengan pedang. Tindakan Ubaidillah amat tidak disenangi oleh pegawai-pegawai tenteranya, Anas bin Mâlik, Zaid bin Arqam dan Abu Barzah r.a yang berada di situ. Menurut riwayat ath-Thabrâni rahimahullah dari hadits Zaid bin Arqam r.a :
فَجَعَلَ قَضِيْبًا فِي يَدِهِ فِي عَيْنِهِ وَأَنْفِهِ فَقُلْتُ ارْفَعْ قَضِيْبَكَ فَقَدْ رَأَيْتُ فَمَّ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَوْضِعِهِ
"Lalu dia mulai menusukkan pedang yang di tangannya ke mata dan hidung Husain r.a. Aku (Zaid bin Arqam) mengatakan, "Angkat pedangmu, sungguh aku pernah melihat mulut Rasulullah (mencium) tempat itu".
Demikian juga riwayat yang disampaikan lewat jalur Anas bin Malik r.a :
فَقُلْتُ لَهُ إِنِّي رَأَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَلْثِمُ حَيْثُ تَضَعُ قَضِيْبَكَ , قَالَ : " فَانْقَبَضَ
Aku (Anas bin Malik) mengatakan kepadanya, "Sungguh aku telah melihat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam mencium tempat dimana engkau menaruh pedangmu itu." Lalu Ubaidullah mengangkat pedangnya.
Versi Kedua
Wakil Saidina Husain di Kufah iaitu Muslim bin ‘Aqil telah menghidu konspirasi yang sedang dirancang oleh penduduk Syiah di sana. Muslim telah dibunuh oleh penduduk Kufah sebelum beliau sempat mengutuskan ‘Umar bin Saad bin Abi Waqqas kepada Saidina Husain yang semakin hampir tiba ke bandar Kufah tentang kecurangan penduduk Kufah. Maka Saidina Husain membatalkan hasratnya untuk ke Kufah dan mengubah laluan rombongannya menuju ke Syam untuk menemui Yazid.
Penduduk Kufah mula panik dengan perubahan arah tersebut kerana sekiranya Saidina Husain berbai’ah kepada Yazid maka musnahlah segala perancangan kotor mereka untuk memporak-perandakan kesatuan umat Islam dan sudah pasti kedudukan mereka akan terancam.
Menurut ulamak Syiah sendiri iaitu Mulla Baaqir Majlisi, tentera Kufah lengkap bersenjata dari Kufah mengejar rombongan Saidina Husain dan mereka bertembung di Karbala. Syits bin Rab’ie mengetuai 4000 bala tentera untuk menentang Saidina Husain dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Saidina Hussain (Jilaau Al'Uyun dan Khulashatu Al Mashaaib, m.s. 37).
Baqir Majlisi turut mencatat, “Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib. Maka berkatalah mereka, ” Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh “Ketua Pemuda Ahli Syurga” kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia di antara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apaapa”. (Jilaau al-’Uyun, hal. 430)
Manakala di dalam kitab A’yanus Syi’ah pengarangnya Sayyid Muhsin al-Amin mengatakan bahawa, “Seramai dua puluh ribu penduduk Iraq telah berbai’ah kepada Husin kemudian mereka mengkhianatinya lalu memberontak terhadapnya dalam keadaan bai’ah masih lagi berada di tengkuk-tengkuk mereka dan membunuhnya”.(A’yanus Syi’ah jilid 1 hal 34).
Versi kedua ini menafikan kisah–kisah kezaliman yang dilakukan oleh tentera Yazid ke atas rombongan Saidina Husain, versi kezaliman Yazid adalah datangnya dari sumber pengikut Syiah iaitu Abu Mukhnaf, Al Kalbi dan anaknya Hisyam dan lain–lain.
KATA-KATA TERAKHIR SAIDINA HUSAIN
Terdapat riwayat bahawa ucapan Saidina Husain sebelum terbunuh di Karbala, "Ya Allah, berilah putusan di antara kami dan di antara orang-orang yang mengajak kami untuk menolong kami, namun ternyata mereka membunuh kami." – Rujuk buku Pengkhianatan Pengkhinatan Syiah Dan Pengaruhnya Terhadap Kekalahan Umat Islam karya Dr. Imad Ali Abdus Sami’, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta 2006, ms. 35-36.
Mulla Baaqir Majlisi juga telah meriwayatkan kata-kata terakhir Saidina Husain sebelum syahid di Karbala: "Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat niat-niat jahat kamu. Wahai orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela kami di waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepada kamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu musuh-musuh di dalam menentang kami." – Mulla Baaqir Majlis, Jilaau al-‘Uyun, ms. 391. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala.
Seterusnya Mulla BaaqirMajlisi juga merakamkan doa Saidina Hussain terhadap golongan Syi’ah: "Binasalah kamu! Tuhan akan membalas bagi pihakku di dunia dan di akhirat… Kamu akan menghukum diri kamu sendiri dengan memukul pedang-pedang di atas tubuh mu dan muka mu dan kamu akan menumpahkan darah kamu sendiri. Kamu tidak akan mendapat keuntungan di dunia dan kamu tidak akan sampai kepada hajatmu. Apabila mati nanti sudah tersedia azab Tuhan untuk mu di akhirat. Kamu akan menerima azab yang akan diterima oleh orang-orang kafir yang paling dahsyat kekufurannya." - – Mulla Baaqir Majlis, Jilaau al-‘Uyun, ms. 409. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala.
SAKSI PERTEMPURAN
Ali Zainal Abidin salah seorang anak Saidina Husain yang turut serta di dalam rombongan ke Kufah dan yang masih hidup selepas berlakunya peristiwa itu pula berkata kepada orang-orang Kufah lelaki dan perempuan yang merentap dengan mengoyak-ngoyakkan baju mereka sambil menangis. Beliau berkata, " Mereka ini menangisi kami. Tidakkah tidak ada orang lain yang membunuh kami selain mereka ?" (At Thabarsi-Al Ihtijaj, m.s. 156).
Thabarsi seorang ulama Syiah menukilkan kata-kata Ali Zainal Abidin kepada orang-orang Kufah. Kata beliau, " Wahai manusia (orang-orang Kufah)! Dengan Nama Allah aku bersumpah untuk bertanya kamu, ceritakanlah! Tidakkah kamu sedar bahawasa kamu mengutuskan surat kepada ayahku (menjemputnya datang), kemudian kamu menipunya? Bukankah kamu telah memberikan perjanjian taat setia kamu kepadanya? Kemudian kamu membunuhnya, membiarkannya dihina. Celakalah kamu kerana amalan buruk yang telah kamu dahulukan untuk dirimu".(Al- Ihtijaj juz 2 hal. 306).
Saidatina Zainab, saudara perempuan Saidina Husain yang terselamat dari peristiwa itu juga mendoakan keburukan untuk orang Kufah. Katanya, " Wahai orang-orang Kufah yang khianat, penipu! Kenapa kamu menangisi kami sedangkan air mata kami belum lagi kering kerana kezalimanmu itu. Keluhan kami belum lagi terputus oleh kekejamanmu. Keadaan kamu tidak ubah seperti perempuan yang memintal benang kemudian dirombaknya kembali. Kamu juga telah merombak ikatan iman dan telah berbalik kepada kekufuran...Adakah kamu meratapi kami padahal kamu sendirilah yang membunuh kami. Sekarang kamu pula menangisi kami. Demi Allah! Kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa. Kamu telah membeli keaiban dan kehinaan untuk kamu. Tompokan kehinaan ini sama sekali tidak akan hilang walau dibasuh dengan air apapun". (Jilaau Al ' Uyun, ms 424).
Ummu Kulthum anak Saidatina Fatimah pula berkata" Wahai orang-oang Kufah! Buruklah hendaknya keadaanmu. Buruklah hendaklah rupamu. Kenapa kamu menjemput saudaraku Husain kemudian tidak membantunya bahkan membunuhnya, merampas harta bendanya dan menawan orang-orang perempuan dari ahli rumahnya. Laknat Allah ke atas kamu dan semoga kutukan Allah mengenai mukamu".
Beliau juga berkata, " Wahai orang-orang Kufah! Orang-orang lelaki dari kalangan kamu membunuh kami sementara orang-orang perempuan pula menangisi kami. Tuhan akan memutuskan di antara kami dan kamu di hari kiamat nanti". (Ibid, ms 426-428)
Manakala Fatimah anak perempuan Saidina Husain pula berkata, " Kamu telah membunuh kami dan merampas harta benda kami kemudian telah membunuh datukku Ali (Saidina Ali). Sentiasa darah-darah kami menitis dari hujung-hujung pedangmu……Tak lama lagi kamu akan menerima balasannya. Binasalah kamu! Tunggulah nanti azab dan kutukan Allah akan berterusan menghujani kamu. Siksaan dari langit akan memusnahkan kamu akibat perbuatan terkutukmu. Kamu akan memukul tubuhmu dengan pedang-pedang di dunia ini dan di akhirat nanti kamu akan terkepung dengan azab yang pedih "(Al- Ihtijaj juz 2 hal. 306).
SELEPAS PERTEMPURAN
Abdullah ibnu Umar r.a ( Ibnu Umar ) seorang sahabat Rasulullah s.a.w turut mengatakan, penduduk Kufah lah yang bertanggungjawab ke atas kematian Saidina Hussain.
Khalifah Yazid yang ketika itu berada di Syam sangat menyesal terjadinya peristiwa menyedihkan itu. kerana bapanya, Muawiyah berpesan agar berbuat baik kepada kerabat Rasulullah s.a.w. Setelah peristiwa itu Yazid telah memberi perlindungan kepada ahli keluarga Saidina Husain yang terselamat dari serangan tersebut sehinggalah mereka kembali selamat ke Madinah.
HARI PERINGATAN SAIDINA HUSAIN
Daripada peristiwa kekejaman di Karbala, setiap 10 Muharram pada hari Asyura wujudnya ritual hari kesedihan dan ratapan dikalangan penganut Syiah untuk kesyahidan Saidina Husain seperti menampar-nampar, berteriak, merobek-robek dan melaknat para sahabat.

0 comments:
Post a Comment