Cinta tidak mengenal harta dan usia.... ini pepatah lama. Tetapi bagi Li Kangyu (38) dan Yan Shuying percintaan mereka juga tidak mengenal jarak dan kecacatan fizikal. Li Kangyu yang berasal dari Hebei Tangshan mengidap penyakit rheumatoid arthritis sejak kecil dan sudah terbaring selama 31 tahun. Beliau berkenalan dengan Yan Shuying yang berasal dari Kuala Lumpur memalui internet. Selepas berkenalan semalam dua tahun Yan Shuying nekad berkahwin dengan Li Kanyu walaupun pada awalnya menerima tentangan dari keluarga. Yan Shuying berkata beliau jatuh hati dengan Li Kanyu kerana hatinya yang baik. Sungguhpun tidak pernah bersekolah, Li Kangyu seorang lelaki yang bijak dan Yan Shuying percaya suaminya ini dapat mendidiknya. Yan Shuying akan berhijrah ke China dan menjaga suami beliau.
Laporan asal ChinaSmack
0 comments:
Post a Comment