/Jika anda meminati siri TV Discovery Biker Build Off anda pasti kenal dengan nama Billy Lane. BIlly Lane menghasilkan motosikal kustom dari bengkel beliau di Miami. Malangnya Billy Lane kini di dalam penjara kerana kesalahan memandu ketika mabuk sehingga mengakibatkan kematian seorang pemandu motosikal. Motosikal 1917 Henderson di bawah ialah antara motosikal beliau yang paling cantik. Ianya motosikal moden dengan kemasan seakan motosikal awal kurun ke 20. Suspensi hadapan masih menggunakan leaf spring. Tapi jangan tertipu dengan rekaan oldskollnya. 1917 Henderson dilengkapi enjin 1000 cc.
Laporan asal Lichter Photography
0 comments:
Post a Comment