, ,

MENARIK : 5 Kanak-Kanak Yang Luar Biasa

Menjadi insan yang genius dan luar biasa adalah kurniaan daripada Allah SWT kepada hambaNya. Ada juga insan yang tidak pernah belajar secara bersungguh-sungguh pun dapat mengecapi nikmat sebagai pelajar genius. Walaupun hakikatnya, terdapat ramai orang berusaha bagai nak ‘mati’ tetapi keputusannya kurang memuaskan. Kali ini Melayukini.net akan memaparkan kanak-kanak yang mempunyai kelebihan luar biasa untuk part 1. Jom lihat gambar kanak-kanak luar biasa dunia di bawah ini :



1. Kim Ung-Yong : Manusia Dengan IQ Tertinggi di Dunia
Lahir pada tahun 1962, kanak-kanak dari Korea ini diiktiraf sebagai manusia genius di seluruh dunia. Bayangkan pada umur 4 tahun, dia sudah boleh membaca huruf Jepun, Korea, Jerman dan Inggeris. Pada umur 5 tahun dia mampu menyelesaikan masalah pada soalan kalkulus. Dia mencatatkan dirinya pada Guinness Book of World Records dengan “Highest IQ” 210.





2. Gregory Smith : Mendapat Penghargaan Nobel Pada Usia 12 tahun
Lahir pada tahun 1990, Gregory Smith mencatatkan namanya pada nobel perdamaian. berkat usahanya dalam mendirikan International Youth Advocates, Komuniti Orang muda seluruh dunia. Dia pernah bertemu secara langsung dengan Presiden Bush, dan juga Michael Gorbacev.





3. Akrit Jaswal : Doktor Bedah berusia 7 tahun
Dengan gelaran “budak terpandai di dunia” telah melekat pada Akrit Jaswal, seorang kanak-kanak dari India. Dia mengejutkan orang ramai, ketika pada umur 7 tahun kerana melakukan pembedahan pada seorang gadis di tempatnya. Gadis itu menderita luka akibat terbakar di tangannya, hingga tangannya tidak dapat dibuka, dan jaswal pun melakukan pembedahan hingga jari-jemari gadis itu boleh terbuka seperti sedia kala. Ketika ini, dia tercatat sebagai doktor paling muda di dunia, dia diterima masuk di Universiti pada usia 11 tahun.





4. Cleopatra Stratan : Penyanyi Berusia 3 Tahun dengan Gaji 1000€ per lagu
Lahir Pada 6 Oktober 2002 di Chisinau. Dia adalah pencatat sejarah di Industri muzik sebagai seorang penyanyi,dengan albumnya tahun 2006 La vĂ¢rsta de trei ani (“pada usia 3″). Dia mencatat rekod seorang artis cilik yang muncul diatas pentas dengan ribuan peminatnya. Dia juga menerima penghargaan MTV Award dalam Artis termuda yang mencetak #1 Hit.





5. Aelita Andre : Pelukis berusia 2 tahun
Kanak-kanak kelahiran Australia ini, baru berumur dua tahun namun sudah menunjukkan bakat sebagai genius, dia memiliki sebuah gudang pertunjukkan untuk karya-karya abstraknya. Pada mulanya Mark Jamieson, pengarah dari Brunswick Street Gallery di Melbourne’s Fitzroy, tertarik melihat sebuah foto lukisan dari Aelita Andre. dan dia menginginkan Aelite Andre bergabung dalam kumpulannya kerana bakat lukisannya itu. Ketika undangan telah dibuat, dia baru saja menyedari bahwa Aelita adalah kanak-kanak yang masih berumur 22 bulan. Namun dia tetap melanjutkan pertunjukannya itu.

0 comments:

About