, ,

KENDERAAN : PENGANGKUTAN AWAM POD APUNGAN MAGNETIK

Skytran ialah sistem pengangkutan awam massa yang menggunakan teknologi apungan magnetik (MagLev). Umum kita ketahui sistem keretapi apungan magnetik adalah sangat mahal dan setakat ini hanya Jepun, Koreadan China mempunyai sistem pengangkutan awam ini. Skytran cuba merubah ini semua dengan sistem mereka yang lebih murah dan pada skala yang lebih kecil. Setiap pod mampu membawa 4 orang penumpang dan akan terus membawa mereka ke destinasi pilihan tanpa henti. Sistem ini berfungsi seakan teksi dan dengan penggunaan aplikasi telefon pintar anda boleh menempah pod serta membayar tambang secara automatik. 


Buat masa ini terdapat pesanan sistem Skytran untuk penggunaannya di Tel Aviv Israel. Pihak Skytran juga berkata sistem ini juga menarik minat beberapa negara lain seperti Indonesia, India dan juga negara kita Malaysia

Sistem Skytran memang nampak menarik. Persoalannya jika Malaysia mahu mengguna pakai sistem ini adakah anda sudi menggunakannya. 


Laporan asal DesignBoom

0 comments:

About