BERITA TERKINI : Pemimpin Haram Mesir bayangkan kudeta akan berakhir
Menilai kenyataan demi kenyataan terbaru dikeluarkan oleh pimpinan rampasan kuasa malam ini membayangkan mereka terpaksa akur dengan situasi semasa.
Hari ini, Jumaat yang dinamakan "Mesir menentang rampasan kuasa" berjaya menghimpunkan lebih 10 juta rakyat di seluruh negara. Orang bertanya, adakah jumlah ini merupakan anggota Ikhwan dan sayap politiknya, FJP. Saya katakan tidak. Mustahil mereka ini hanya dari anggota Ikhwan dan FJP atau kumpulan Islam. Mereka semua ini rakyat Mesir yang menolak rampasan kuasa. Kenyataan dari Unit Pendaftaran Ahli FJP melalui ketuanya. Dr.Khaleed Muhammad berkata, FJP mempunyai keanggotaan hampir 500,000 orang di seluruh negara. Jika seluruh ahli FJP turun di seluruh negara, baru setengah juta. Kelmarin, seorang ketua pasukan kempen Mohammed El-Baradei di wilayah Suez mengumumkan terpaksa 'menderhaka' kepada ketuanya itu dan menyertai perkumpulan rakyat di Raba'ah.
Berbalik kenyataan dari kerajaan "kudeta" yang nampaknya semakin mengalah. Kementerian Dalam Negeri pula yang sebelum ini beria-ia benar mahu meleraikan himpunan rakyat di dataran Nahdha dan Raba'ah terpaksa membuat pusingan 360 darjah hari ini berkata, "usaha bagi meleraikan dengan cara kekerasan adalah idea yang ditolak".
Naib Presiden Mohammed El-Baradei pula yang dihentam kuat sebelum ini kerana keinginannya mengambil jalan diplomasi dengan Ikhwan berkata, ketua tentera Abdul Fattah As-Sisi juga sependapat dengannya bahawa tiada jalan keluar dari kemelut ini melainkan cara diplomasi.
Al-Azhar pula dan Darul Ifta' Mesir serentak mengeluarkan kenyataan hari ini menolak sebarang bentuk keganasan dan meminta pihak berkuasa hari ini memelihara darah mereka yang keluar mengadakan tunjuk perasaan. Al-Azhar juga meminta semua untuk kembali berunding kerana ia satu-satunya cra bagi menyelesaikan krisis hari ini.
Rakyat yang menentang rampasan kuasa pula meneruskan kemaraan mereka petang Jumaat apabila dua lagi lokasi dijadikan tempat perkampungan mereka iaitu Alfa Maskan dan dataran Mustafa Mahmodu di Kaherah selain Nahdhah dan Raba'ah. Khemah-khemah mula didirikan di dua lokasi tersebut sehingga hak mereka untuk melihat Presiden Mursi kembali tercapai. - layar minda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment