BERITA TERKINI MESIR : Al Sisi kini fokus tumbangkan Hamas di Gaza



Jika kita pernah beranggapan bahawa kudeta di Mesir adalah demi keutuhan negara Israel dan menyumbang kepada penaklukan total Israel ke atas Palestine yang kini cuma tinggal sekangkang kera iaitu Semenanjung Gaza dan tebing barat; maka persepsi kita sebenarnya semakin hampir kepada kebanarab.

Kudeta Mesir dipercayai telah memasuki fasa kedua. Pasukan Keselamatan dengan kerjasama Jeneral Abdel Fattah al-Sisi, panglima tertinggi Pasukan Tentera Bersenjata Mesir telah memulakan serangan untuk menjatuhkan gerakan Hamas di Semenanjung Gaza sambil disokong oleh hasutan media pro-Sisi.

Beberapa orang aktivis telah mengadakan protes menentang kerajaan di Semenanjung itu. Aktivis tersebut dipercayai menerima bantuan kewangan daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Laman baru, Secrets Of Arabia telah memerhatikan tanda-tanda perancangan kempen yang dimulakan oleh Mesir untuk menyerang Hamas dan menggulingkan kerajaan di Gaza. Sementara itu, sumber lain mendakwa bahawa UAE telah merancang kempen yang bekerjasama dengan bekas pemimpin Fatah, Mohammed Dahlan yang bekerja sebagai konsultan di Abu Dhabi Crown Prince. Mohammed bin Zayed Dahlan sebelum ini dibuang daripada Gaza berikutan kegagalannya untuk menggulingkan kerajaan Hamas yang telah dipilih secara demokrasi.

Dalam beberapa minggu ini, tentera Mesir telah melancarkan kempen besar-besaran terhadap terowong-terowong penyeludupan. Terowong tersebut digunakan untuk mengangkut barang-barang penting kepada penduduk Gaza yang terpaksa menghadapi sekatan daripada Israel. Berita juga telah dibocorkan dengan arahan daripada Pasukan Keselamatan Mesir untuk menghancurkan lebih 500 buah rumah berhampiran sempadan Semenanjung Gaza dan sejauh 500 meter ke dalam wilayah Mesir.

Operasi memusnahkan kediaman rakyat Palestin di sempadan Gaza merupakan pertama kalinya berlaku dalam sejarah hubungan Mesir-Palestin. Operasi tersebut telah menimbulkan kerisauan di rantau ini. Menurut penduduk Mesir di kawasan itu, masyarakat Mesir percaya bahawa operasi tersebut dilakukan bertujuan untuk memperkukuhkan kepungan ke atas Gaza.

Kempen Hasutan

Tindakan pihak tentera Mesir yang disokong oleh kempen yang tidak pernah berlaku sebelum ini daripada media pro-kudeta yang menyeru rakyat Palestin kepada pemberontakan terhadap Hamas merupakan satu campur tangan yang jelas dan terang-terangan. Sementara itu, saluran media yang sama telah mengkritik pihak selain Mesir yang mencampuri hal politik di Kaherah.

Tawfiq Okasha, seorang yang banyak kontroversi personaliti dalam media Mesir telah mengejutkan penonton pada petang Hari Sabtu yang lalu dengan hasutan terhadap rakyat Palestin di Gaza yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Okasha sangat rapat dengan Jeneral Sisi dan merupakan pelindung yang prominen kepada kudeta. Ia dipercayai secara meluas dalam kalangan rakyat Mesir bahawa Okasha mencerminkan kedudukannya secara rasmi dalam tentera. Beliau menerima arahan daripada Jabatan Perisikan Moral dan Ketenteraan yang menyalurkan dana kepada siaran TV beliau, al Faraein.

Pemberontakan Gaza

Sementara itu, satu gerakan baru telah muncul dengan nama Tamarod Gaza atau Pemberontakan Gaza. Gerakan tersebut menyeru rakyat Palestin di Gaza untuk menyuarakan suara protes mereka pada 11 November ini terhadap pemerintahan Hamas. Gerakan tersebut juga telah menimbulkan kontroversi di jalan-jalan Palestin.

Majoriti rakyat Palestin di Gaza percaya bahawa ahli gerakan Tamarod Gaza itu adalah lanjutan daripada anti-revolusi yang diketuai oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam usaha menggagalkan revolusi Arab serta menjatuhkan pemerintahan Islam di dunia Arab. Gerakan itu sama seperti gerakan Tamarod Mesir yang diketuai oleh Mahmoud Badr. Badr juga dikenali sebagai Mahmoud Si Ganja (dadah) kerana didakwa sebelum ini terlibat dalam perniagaan ganja. Badr telah membina hubungan dengan UAE dan dibenarkan untuk bertemu Menteri Luar UAE, Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan.

Rakyat Palestin juga percaya bahawa Mohammed Dahlan melakukan provokasi berikutan masalah yang berlaku di Sinai untuk mengheret tentera Mesir kepada konflik dengan Gaza. Dahlan turut dipercayai menjadi penyokong kepada Tamarod Gaza yang beraspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Hamas di Gaza sebagaimana Ikhwan dijatuhkan di Mesir.

0 comments:

About