, ,

Kongsi pengalaman terawih, ada juga yang maki Felixia Yeap

0
Kalau diikutkan janjinya, pada 5 Ramadan ini, Felixia Yap akan mengucap dua kalimah syahadah dan insyaallah akan menukarkan namanya kepada nama yang lebih Islamik.

Dalam proses tersebut, rupa-rupanya Felixia telah mula mengikuti amalan-amalan sunat ketika Ramadan seperti bertarawih. Beliau turut berkongsi pengalaman pertama menunaikan solat sunat terawih di laman Facebooknya.

Menurut Felixia lagi beliau telah mengikuti solat terawih tersebut tiga hari berturut-turut. Namun begitu masih banyak yang perlu beliau pelajari, terutama bacaan dan kiraan solat tersebut.

Beliau turut tersentuh hari dengan seorang warga emas yang gigih melalukan solat tersebut walaupun dalam keadaan yang agak uzur.

Status tersebut kemudiaanya menerima hampir 1300 komen dan dalam banyak-banyak komen tersebut, ada juga yang 'bengang' dengan perkembangan gadis comel ini.

Menggunakan nama Rose Liena, beliau menulis "woiiii betina cukup2lah update ko nk masuk islam...tutup semua gambar bogel ko tu!! baru i bagi u 1 like Ok..."
Ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan beliau yang menggunakan bahasa kesat ketika melemparkan komen, namun masih ada juga yang "like" komen tersebut.

Mungkin selepas Felixia benar-benar memeluk Islam, segala spekulasi akan reda dengan sendirinya...

0 comments:

About