, ,

Panas!!! Gambar Rosmah "KANTOI" Dengan Handphone Canggih????


Gambar Rosmah "KANTOI" Dengan Handphone Canggih | Biar betul citer ni??? Kalo tak betul boleh timbul fitnah. Mana bukti kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah pakai tepon cap ayam. Mana bukti??? Ada gambar tak??? Kalo ada gambar buktikan la jangan main cakap kosong jer. Paling tidak bawak la keluar sekeping gambar sebagai bukti sandaran apa yang dikatakan. 

Semalam dalam satu majlis Ramadan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong, Selangor, kemesraan YAB Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dengan YAB Menteri Besar Selangor TS Khalid Ibrahim menjadi viral di media siber.

Malahan, rakan media saya di Jakarta menghantar pesanan ringkas kepada saya, apakah TS Khalid Ibrahim akan menyertai UMNO kerana tekanan kuat dalam PKR yang mahukan beliau turun takhta. Saya berkata, jika pak Jusuf Kalla dari parti Golkar bisa bekerjasama dengan Partai PDI-P, masakan di Malaysia tidak bisa. Dia menjawab, "he he he...".

Apa pun, di sebalik mata merasa seronok melihat kemesraan-kemesraan perbuatan dan ucapan-ucapan di antara dua tokoh ini, ada sesuatu yang tidak disedari oleh khalayak. Namun, sahabat saya berjaya mengambil gambar eksklusif Datin Seri Rosmah Mansur.

Mesej sahabat saya itu kepada saya, "DS Rosmah pakai Handphone biasa sahaja, not even a smartphone". Saya terkejut, lalu saya katakan kirimkan gambar itu segera, kerana saya tahu rakyat mahu melihatnya.

DS Rosmah Mansur adalah seorang ibu yang sederhana, seorang isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang sederhana, kesederhanaannya tidak dilihat mungkin kerana beliau tidak menunjuk-nunjuk kesederhanaan itu. Beliau boleh sahaja memakai handphone jenama terkini jika beliau mahu.

Jika beliau yang selalu dimomokkan dengan pelbagai tuduhan liar oleh pihak tertentu, sudah tentu beliau boleh sahaja memakai handphone jenama IPhone 5S jenama baharu atau Samsung jenama terkini. Tetapi, DS Rosmah mengeluarkan handphone jenis lama yang bukan smartphone pun dari beg tangannya!

Selama ini, beliau akan menerima baik sesiapa sahaja yang memerlukan kehadirannya, walaupun kadang-kadang majlis itu akan membawa impak negatif kepadanya, tetapi kerana menghormati jemputan penganjur, beliau menghadirkan diri juga. Itu adalah kesederhanaan dalam sikap dan cara membuat keputusan.

Beliau hadir semalam dalam majlis Yayasan Pendidikan Cheras, malah kenyataan beliau hanya tidur lebih kurang 4 jam sehari membayangkan pengorbanan beliau kepada rakyat dan negara.

Beliau tidak kekok mendekatkan dirinya dalam majlis-majlis agama, majlis bersalawat ke atas Rasulullah SAW, majlis membaca yasin dan tidak lupa menunaikan umrah di Mekkah. Semua ini adalah kasihsayang Allah SWT kepada hambaNYA.

Saya yakin Allah SWT akan melindunginya dan memberi hidayah-hidayah yang berterusan kepadanya.Sumber : JentayuBaka

0 comments:

About