Showing posts with label Kenderaan. Show all posts
Showing posts with label Kenderaan. Show all posts
Pengunjung di Pameran Kereta Frankfurt boleh melihat dengan jelas sistem keselamatan termasuk sensor, sistem brek dan beg udara pada model sedan itu yang biasanya tersembunyi di sebalik panel kereta biasa. Menurut TRW Automotive, kereta itu turut dilengkapi sistem tali pinggang keledar baru yang boleh bertindak balas mengikut situasi pemanduan selain mengelakkan pemandu beralih dari kedudukan mereka jika berlaku kemalangan, sekali gus mengurangkan risiko kecederaan lebih teruk.

Ketua Pegawai Eksekutif TRW, John Plant memaklumkan ciptaan kereta itu juga adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya di seluruh dunia.

"Beberapa fungsi lebih canggih termasuk sistem sokongan kecemasan pada kereta ini akan diperkenalkan pada masa hadapan," jelasnya lagi.



KENDERAAN : PELANCARAN KERETA LUTSINAR PERTAMA DI DUNIA

Di Dubai modifikasi kereta ialah antara benda yang dilakukan oleh orang kaya untuk memberi kelainan kepada kereta milik mereka. Sebuah Nissan Patrol diubahsuai dengan lokasi penumpang dan pemandu diterbalikkan. Kini pemandu duduk di bahagian belakang manakala penumpang duduk di hadapan. Ianya sebenarnya useless tetapi ianya juga original. Mana ada kereta yang seunik ini di dunia.  





Laporan asal OddityCentral

KENDERAAN : MODIFIKASI KERETA PALING PELIK DI DUBAI


Pihak Tentera Kudeta (rampasan kuasa) sendiri turut melakukan pembunuhan beramai-ramai tentera yang menolak perintah untuk membunuh semua penunjuk perasaan.

Sumber media melaporkan tentang hukuman oleh unit khas As-Sisi yang terlibat secara peribadi dalam barisan tengah tentera Mesir melakukan proses hukuman besar-besaran menangkap mana-mana askar atau pegawai yang bersimpati dengan rakyat Mesir atau tidak menembak penunjuk perasaan secara aman.- baca berita lengkap di Pejuang Keadilan
Tidak cukup dengan itu, Sisi turut membunuh saudaranya yang bernama Khalid Lutfy al-Sisi. Khalid adalah anak lelaki Ust. Hazin Luthfi Abdul Aziz Abdurrahman Assisy.

“Ya, anak saya tebunuh oleh tentera,” ujar Hazin.

Kepastian itu sudah diperolehinya bahawa, Khalid Lutfi memang terkorban di Rab’ah atau mungkin di Nahdhah.

“Atas dasar ini, saya tidak terima Abdel Fatah al-Sisi sebagai keluarga, kerana dia adalah penghianat, pembunuh, dan insyaAllah akan mendapatkan azab yang kekal dari Allah swt!” tutur Hazin geram di youtube.

Tak lupa, Hazin juga berdo’a semoga Allah memberikan kesabaran kepada semua rakyat Mesir dan seluruh keluarga korban yang meninggal akibat kekejaman al-Sisi.

BERITA TERKINI EGYPT / MESIR : Sisi bunuh tenteranya yang enggan membunuh rakyat

Epitome ialah konsep kenderaan berprestasi tinggi pertama dari Laraki Motors. Laraki Motors dimiliki oleh Abdussalam Laraki, seorang pereka kapal layar mewah yang berasal dari Maghribi. Beliau mahu mengembangkan sayap perniagaan beliau dengan mereka kenderaan pula. Epitome diperbuat daripada gentian karbon dan diperkasakan enjin V8 7 Liter dengan 1750 kuasa kuda. Keunikan Epitome ialah ia dilengkapi dua tangka minyak. Satu tangki untuk minyak petrol biasa manakala sebuah lagi untuk minyak dengan tahap Oktana yang lebih tinggi. Jika pemilik Epitome mahu memecut dengan lebih laju beliau boleh menukar sumber minyak dengan menekan sebuah butang. Harga sebuah Epitome adalah USD 2 Juta (RM 6.6 Juta) sebuah. 




Laporan asal Autoblog

KENDERAAN : KERETA 1750 KUASA KUDA

Pelancaran model terbaru Proton, Proton Suprima S yang disempurnakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad di Matrade Exhibition and Convention Centre, di Kuala Lumpur. Berikut spesifikasi penuh Proton Suprima S serta beberapa gambar sekitar majlis pelancarannya sebentar tadi:


Harga: 

Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688 

Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338 

Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988 

Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638




KENDERAAN : SPECIFIKASI PENUH DAN HARGA PROTON SUPRIMA S 2013

/Jika anda meminati siri TV Discovery Biker Build Off anda pasti kenal dengan nama Billy Lane. BIlly Lane menghasilkan motosikal kustom dari bengkel beliau di Miami. Malangnya Billy Lane kini di dalam penjara kerana kesalahan memandu ketika mabuk sehingga mengakibatkan kematian seorang pemandu motosikal. Motosikal 1917 Henderson di bawah ialah antara motosikal beliau yang paling cantik. Ianya motosikal moden dengan kemasan seakan motosikal awal kurun ke 20. Suspensi hadapan masih menggunakan leaf spring. Tapi jangan tertipu dengan rekaan oldskollnya. 1917 Henderson dilengkapi enjin 1000 cc. 




Laporan asal Lichter Photography

KENDERAAN MENARIK : MOTOSIKAL KUSTOM 1917 HANDERSON

Mercedes Benz T80 ialah kereta berdoa enam dengan enjin berkuasa 3000 kuasa kuda yang dihasilkan oleh Mercedes pada tahun1937. Tujuan asal kereta berenjin pesawat kapal terbang Messerschmitt Bf 109 ini direka ialah bagi memecahkan rekod kenderaan darat paling pantas di dunia. Ianya adalah projek khas Adolf Hitler bagi memberikan prestij kepada negara Jerman pada masa itu. T80 direka oleh Ferdinand Porsche dan pada tahun 1939 ianya siap dibina. Enam buah tayar digunakan bagi memastikan kuasa yang dihasilkan dapat dipindahkan ke permukaan jalan raya. Mercedes Benz percaya kereta buatan mereka mampu memecut melebihi 600 kilometer sejam. Sepatutnya percubaan memecahkan rekod diadakan pada tahun 1940 di atas Autobahn tetapi ianya dibatalkan kerana meletusnya Perang Dunia Kedua. Kenderaan berprestasi tinggi ini kemudiannya disorokkan di Austria. Kini anda boleh melihat T80 di Muzium Mercedes Benzdi Stuttgart. 




Laporan asal GTSpirit

KENDERAAN : MERCEDES BENZ T80 : KERETA 3000 KUASA KUDA

Quad Al, pemegang rekod Guiness kereta dengan enjin piston paling berkuasa. Ia dilengkapi empat buah enjin V12 kapal terbang Allison (enjin pesawat pejuang P-51D Mustang Perang Dunia Kedua) dengan kuasa gabungan 12 0000 kuasa kuda! Quad Al dibina oleh Jim Lytlepada tahun 1965. Pembinaan kereta dengan 8 buah tayar ini terhenti selepas Jim mengalami masalah kekurangan dana. 

Beliau terpaksa menjual kereta seberat 3175 kilogram ini kepada seorang pelagak ngeri bernama Tex Collins. Sebelum sempat kenderaan ini disiapkan, Tex ditembak mati. Balu beliau menjual Quad enjin-enjin Quad Al dan akibatnya hanya rangka kereta ini sahaja yang masih wujud sekarang. Sungguhpun begitu beberapa orang peminat modifikasi di California cuba untuk menyiapkan Quad Al. Seperti Jim Lytle mereka juga menghadapi masalah kewangan dan kesukaran mencari enjin kapal terbang Allison yang kali terakhir dibuat pada tahun 1947!






Laporan asal DragRacingOnline

KENDERAAN : QUAD AL : KERETA DENGAN 12 000 KUASA KUDA

Secara logiknya sebuah kapal terbang memerlukan sayap untuk terbang. Tanpa sayap pastinya mustahil untuk sebuah kapal terbang meluncur melawan graviti. Tetapi tahukah anda ada beberapa pesawat di dunia yang boleh terbang tanpa mempunyai sayap.


Martin Marietta X-24A ialah kapal terbang yang tidak mempunyai sayap. Well that is not really true. X24A mempunyai sayap tidak konvensional. Badan X-24A berfungsi sebagai pesawat. Rekaan badan sebegini dipanggil lifting body. Bentuk badan X-24 ialah aerofoil dan mampu menghasilkan daya apungan seperti sayap konvensional.

X-24A ialah salah sebuah dari beberapa kapal terbang yang dibina bagi menguji rekaan paling baik untuk shuttle angkasa NASA. Ianya dibina pada tahun 1969 dan digunakan sehingga 1975. Sepanjang tempoh eksperimen X-24A dilancarkan dari sebuah pesawat pengebom B-52 sebelum meluncur menggunakan sistem roket. Kelajuan maksimum yang berjaya dicapai ialah 1667 kilometer sejam. Kapal terbang tanpa sayap ini kini boleh dilihat di National Museum of the United States Air Force Ohio. 




Laporan asal The Brigade

INFO MENARIK : KAPAL TERBANG EKSPERIMENTAL TANPA SAYAP

Skytran ialah sistem pengangkutan awam massa yang menggunakan teknologi apungan magnetik (MagLev). Umum kita ketahui sistem keretapi apungan magnetik adalah sangat mahal dan setakat ini hanya Jepun, Koreadan China mempunyai sistem pengangkutan awam ini. Skytran cuba merubah ini semua dengan sistem mereka yang lebih murah dan pada skala yang lebih kecil. Setiap pod mampu membawa 4 orang penumpang dan akan terus membawa mereka ke destinasi pilihan tanpa henti. Sistem ini berfungsi seakan teksi dan dengan penggunaan aplikasi telefon pintar anda boleh menempah pod serta membayar tambang secara automatik. 


Buat masa ini terdapat pesanan sistem Skytran untuk penggunaannya di Tel Aviv Israel. Pihak Skytran juga berkata sistem ini juga menarik minat beberapa negara lain seperti Indonesia, India dan juga negara kita Malaysia

Sistem Skytran memang nampak menarik. Persoalannya jika Malaysia mahu mengguna pakai sistem ini adakah anda sudi menggunakannya. 


Laporan asal DesignBoom

KENDERAAN : PENGANGKUTAN AWAM POD APUNGAN MAGNETIK

Dodge Deora ialah konsep trak masa hadapan yang dihasilkan pada tahun 1967. Ianya direka oleh pasangan pereka adik beradikHarry Bentley Bradley. Tidak seperti trak konvensional, pintu Deora terletak pada bahagian hadapan. Bahagian depan trak akan berputar dan cermin trak dibuka keatas apabila pemandu mahu masuk atau keluar. Deora tidak pernah dihasilkan secara komersil dan pada tahun 2009 kenderaan konsep yang unik ini dilelong pada harga USD 324 000 ( RM 1.04 Juta). 




Laporan asal Wikipedia

KENDERAAN : TRAK DENGAN PINTU YANG ANEH

Berlin ialah antara bandaraya yang mesti lawati kerana ianya penuh dengan sejarah. Terdapat banyak cara Berlin boleh diterokai tapi yang paling badass HotRod City Touryang membolehkan anda menerokai Berlin dengan menaiki HotRod mini. Setiap HotRod boleh disewa pada harga EURO 39 (RM 164) dan anda akan dibawa mengelingi Berlin selama 2 jam. Kenderaan mini ini mampu memecut sehingga 80 kilometer sejam.




Laporan asal HotRod City Tour

KENDERAAN : KENDERAAN MINI CARA PALING BEST MENEROKAI BERLIN

Juan Manuel Fangio ialah pemandu lagenda sukan F1. Beliau menjadi juara F1 sebanyak 5 kali sepanjang kareer beliau. Kemenangan sebanyak 5 kali ini meletakkan beliau di tangga ke 2 dalam senarai pemandu terhebat F1 dibelakang Michael Schumacher. Fangio memenangi kejuaraan dengan Ferrari, Alfa Romeo, Maserati dan Mercedes Benz. Minggu lalu kereta Mercedes W196 Silver Arrow yang dipandu beliau pada tahun 1954 dilelong dan ianya mencecah harga USD $29,607,760 (RM 96.7 Juta). Harga lelongan ini dengan mudah memintas rekod lelongan kereta termahal sebelum ini iaitu USD 16.7 Juta (RM 53.4 Juta) untuk Ferrari 250 Testa Rossa yang dilelong pada tahun 2011. 




Laporan asal MotorAuthority

KENDERAAN : 1954 MERCEDES W196 SILVER ARROW KERETA TERMAHAL DUNIA

Reaction Engines, iaitu sebuah teknologi yang boleh membantu mempercepatkan pesawat yang sedia ada sehingga mencapai lima kali ganda lebih laju dari kelajuan bunyi. Dengan teknologi, ia di katakan dapat membawa manusia hingga ke stratosfera Bumi hanya dalam masa 15 minit. 


Pihak syarikat ini juga merancang untuk menggunakan teknologi ini pada "spaceplane" yang mampu mencapai kelajuan hingga 3,500 batu sejam yang dikenali sebagai Skylon.

Menurut pihak The Daily Mail, reka bentuk enjin SABRE ini menggunakan sistem paip yang dipenuhi dengan helium. Udara akan melalui paip-paip ini dan helium akan membantu membuang haba yang terhasil. Apabila berada di angkasa, enjin ini akan bertukar mod kepada enjin roket.

Ini bermakna kapal terbang yang menggunakan enjin berkenaan mampu bergerak di orbit selama kira-kira 36 jam dan boleh juga digunakan untuk melancarkan satelit, contohnya.


Kenderaan : Enjin Roket Teknologi Tinggi Yang Mampu Bawa Manusia Ke Angkasa Dalam 15 Minit

Guardium UGV (Unmanned Ground Vehicle) ialah kenderaan yang sudahpun digunakan sejak 2008 untuk mengawal perimeter lapangan terbang dan kawasan panas di Israel. Kenderaan tanpa pemandu ini mampu bergerak pada kelajuan 100 kilometer sejam pada permukaan jalan lasak dan mempunyai mesingun pada bahagian atap untuk tujuan menyerang musuh yang mungkin ditemui.

#Di israel mereka menyedari nyawa tentera adalah penting, so untuk mengurangkan kemalangan jiwa kenderaan peronda tanpa manusia adalah satu jalan penyelesaian





Laporan asal IDFBlog

KENDERAAN : KERETA PERONDA TANPA PEMANDU TERKINI ISRAEL

About