, ,

Senarai Pesawat Penerbangan Komersial Utama Yang Ditembak Jatuh Sejak 40 Tahun Lalu


Senarai Pesawat Penerbangan Komersial Utama Yang Ditembak Jatuh Sejak 40 Tahun Lalu | Kita mungkin tertanya-tanya adakah pernah berlaku pesawat komersial ditembak sebelum ini. Baca artikel ini.
-
-
Senarai Pesawat Penerbangan Komersial Utama Yang Ditembak Jatuh Sejak 40 Tahun Lalu 
Berikut ialah senarai pesawat penerbangan komersial utama yang ditembak jatuh sejak 40 tahun lalu:


  • 21 Februari 1973: Pesawat 114 Penerbangan Libya dari Tripoli ke Kaherah ditembak jatuh di Semenanjung Sinai oleh jet pejuang F-4 Phantom II Israel, mengorbankan 113 orang di dalam pesawat2. 
  • 1 September 1983: Sejumlah 269 penumpang dan kru pesawat 007 Penerbangan Korea terbunuh selepas pesawat ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Su-15TM Soviet berhampiran Pulau Moneron, barat Pulau Sakhalin Island, di Laut Jepun. Pesawat dalam penerbangan dari Anchorage ke Seoul.
  • 3 Julai 1988: Sebanyak 290 penumpang dan kru Pesawat 655 Penerbangan Iran terbunuh selepas pesawat ditembak jatuh peluru berpandu kapal Tentera Laut Amerika Syarikat USS Vincennes . Serangan berlaku di ruang udara Iran, di kawasan perairan Iran Teluk Parsi. Pesawat dalam penerbangan dari Tehran ke Dubai.
  • 29 September, 1998: Pesawat Lionair LN 602 yang dikendalikan Antonov An-24RV terjatuh ke dalam laut di pantai barat laut Sri Lanka dalam keadaan misteri, membunuh 47 penumpang dan kru. Namun sesetengah laporan menyebut ia ditembak oleh pemberontak Pembebasan Harimau Tamil Eelam.
  • 17 Julai, 2014: Pesawat MH17 Malaysia Airlines, dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh di Ukraine. Sejumlah 298 orang berada di dalam pesawat.
Tidak adil untuk kita menghukum orang awam yang tidak bersalah untuk mencapai matlamat dan kepentingan sendiri. Korban nyawa dan kesedihan anggota keluarga mangsa adalah kesan yang sangat besar dalam kehidupan ini. Semoga tiada lagi pesawat penerbangan komersial utama yang ditembak jatuh.

0 comments:

About