(GAMBAR) PERUBAHAN SEBUAH TAMAN YANG MENAKJUBKAN KETIKA MUSIM BERUBAH
(GAMBAR) PERUBAHAN SEBUAH TAMAN YANG MENAKJUBKAN KETIKA MUSIM BERUBAH | Taman Negara Austria berubah wajah secara drastik menjadi sebuah tasik apabila tiba musim panas.
Ketika musim sejuk, taman ini dipenuhi dengan rumput-rumput hijau dan kedalaman tasiknya hanyalah 3 hingga 6 kaki.
Ketika musim bunga tiba, salji dan ais mula mencair dan mengalir ke bawah dari pergunungan terus ke tasik taman tersebut dan ini menyebabkan peningkatan paras airnya.
Apabila tiba musim panas, kedalaman tasik di taman itu meningkat kepada 40 kaki dan menjadi pusat skuba untuk penyelam-penyelam
Tasik tersebut bertukat menjadi kehijauan dek kerana rumput-rumput yang masih menjalar di dasarnya.
Kesuluruhan taman, kerusi-kerusi rehat dan ke semuanya kini berada di bawah paras air dan tenggelam dan dapat dilihat dengan jelas kerana kejernihan air tersebut.
Pada musim panas, inilah keadaan di dasar tasik tersebut yang mencecah kedalaman 40 kaki!
Hasilnya seolah-olah ada kejadian yang amat menakutkan telah berlaku di kawasan ini namun sentuhan alam menjadikan ianya satu fenomena yang magis dan indah.
0 comments:
Post a Comment