Showing posts with label IT. Show all posts
Showing posts with label IT. Show all posts
Rahsia Youtube

10 Rahsia Youtube Tidak Ramai Orang Tahu
Korang mesti suka layan Youtubekan? Suka letak video Youtube di blog/websiteanda? Anda perlu tahu trick-trick ini!
1. Melihat High Quality Videos
Ada video-video yang boleh anda buka dengan versi high quality. Caranya iaitu dengan menambah beberapa tulisan ini di belakang link URL video yang anda buka:
* &fmt=18, untuk melihat versi stereo, resolusi 480 x 270.
* &fmt=22 untuk melihat versi stereo, resolusi 1280 x 720.
Setelah anda menambah salah satu kod di atas pada alamat URL video di browser anda kemudian menekan Enter atau Go, maka paparan video Youtube yang anda buka akan menjadi lebih lebar dengan kualiti yang lebih baik.
2. Embed High Quality Video di blog anda
Trick sebelumya berguna untuk melihat video yang high quality di Youtube. Semasa embed alias mencantumkan video kualiti bagus tersebut di blog anda, tambahkan kod berikut di akhir URL: &ap=%2526fmt%3D18 atau &ap=%2526fmt%3D22.
3. Skip Terus ke Bahagian yang Menarik
Semasa membuka sebuah video di Youtube, kita boleh langsung skip ke minit tertentu? Jadi misalnya ada sebuah video yang panjang, yang sebenarnya moment menariknya ada di minit 03:14, kita tidak perlu menunggu sampai videonya berputar hingga ke minit itu. Cukup tambahkan #t=03m14s di belakang URL, contoh: http://www.youtube.com/watch?v=YPQ_N4imYVE#t=03m14s
4. Sembunyikan Search Box
Semasa anda hover atau melayangkan pointer mouse anda di atas sebuah video Youtube yang di-embed dalam sebuah blog, biasanya akan muncul Search Box. Jika anda tidak ingin perkara terjadi, tambahkan &showsearch=0 di belakang URL yang anda embed.
5. Meng-embed Hanya Bahagian Tertentu dari Video
Anda boleh menambahkan &start=30 di akhir URL yang anda embed, supaya boleh terus skip ke saat ke-30.
6. Video yang di-Embed boleh Autoplay
Biasanya video yang di-embed berjalan semasa tombol Play-nya diklik. Tapi jika anda mahu video tersebut secara auto di halaman website tempat anda embeded video itu dibuka, tambahkan &auto*play=1 di akhir link URL video tersebut.
7. Membuat video yang di-Embed Berulang-ulang automatik
Tambahkan &loop=1 untuk membuat video yang anda embed automatik terus berulang alias looping.
8. Tidak Menunjukkan Related Videos
Jika anda meng-embed sebuah video Youtube di blog anda, biasanya muncul link atau gambar menuju ke video lain yang berkaitan. Jika anda tidak mahu itu terjadi, tambahkan &rel=0 di belakang URL video yang anda embed.
9. Download Video
Ada banyak cara untuk download video dari youtube,seperti dengan Keepvid.com. Namun trik ini boleh juga dicuba, semasa anda membuka link video tertentu, ganti saja perkataaan youtube.com di link anda dengan kickyoutube.com. anda akan automatik akan ke website kickyoutube di mana anda boleh download video tersebut dengan mudah.
10. . Game Snake
Tahukah anda , kita boleh main game snakes semasa buffering video di youtube.
Gini caranya, semasa buffering video akan muncul satu bulatan yang bergerak melingkar ditengah tengah video. Itu sebenarnya ularnya.Klik mouse atas video dan tekan sahaja button arah panah atas pada keyboard. Kemudia ular tersebut boleh bergerak mengikut button yg anda tekan.

IT : 10 Rahsia Youtube

Pada penghujung 90an syarikat pengeluar telefon bimbit berlumba-lumba menghasilkan telefon terkecil dan ternipis. Now telefon pintar trend ini berubah kepada telefon dengan skrin sesentuh terbesar. Micro Phone ialah sebuah telefon yang tidak mahu mengikut trend. Ianya telefon GSM yang hanya sebesar kad kredit dan cukup nipis untuk disimpan di dalam dompet anda. Telefon ini juga dilengkapi sistem pengesan bagi memudahkan anda mengesan lokasi pemilik. Harga jualan bermula dari USD 39 (RM 119) sebuah.




Laporan asal IndieGogo

IT ; TELEFON BIMBIT SEBESAR KAD KREDIT (11 GAMBAR)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar? Harap sihat sejahtera. Hari ini penulis akan menyediakan artikel ulasan mengenai laman yang baru dilepaskan semalam. Sebelum ini kedengaran mengenai ura-ura Kim DotCom akan meneruskan kesinambungan Megaupload dengan mewujudkan laman MEGA. Pada artikel yang lepas. Penulis ada menyediakan artikel berkenaan dengan laman MEGA ini. Artikel tersebut bertajuk Me.Ga: Laman Perkongsian Baru Kim DotCom. Pada pendapat penulis. Judul ataupun tajuk untuk penulisan itu tidak kena. Ini kerana,laman MEGA ini adalah bertujuan untuk dijadikan media penyimpanan awan atau lebih dikenali dengan nama Cloud Storage. Menurut sumber daripada beberapa laman seperti Amanz.my (Pelbagai Maklumat Berkaitan Perkhidmatan Mega Mula Diketahui - Pelancaran Esok) dan TorrentFreak.com (Mega Launces: Brilliantly Secure, But Not Anonymous) menyatakan bahawa setiap kandungan yang dimuat naik ke 'server' MEGA,semuanya dibawah tanggungan anda. Mereka berhak apa sahaja kandungan yang dimuat naik oleh anda. Sekiranya kandungan yang dimuat naik oleh anda bersifat haram. Maka,mereka boleh memberikan maklumat peribadi anda kepada pihak yang bertanggungjawab. Jika kita lihat disini,perkhidmatan laman perkongsian fail sebelum ini pada laman Megaupload dikurangkan sedikit. Mungkin beliau tidak ingin mengambil risiko untuk meringkuk di dalam penjara lagi atau beliau sudah menyusun atur tentang laman MEGA yang baru dilepaskan semalam. Jadi,sama-sama kita nantikan.

Itu adalah sedikit pengenalan mengenai laman MEGA. Sekarang kita teruskan artikel kita berkenaan  ulasan laman media penyimpanan awan MEGA.

Mega memiliki antaramuka yang ringkas. Laman MEGA dapat diakses melaluihttps://mega.co.nz/ Seperti yang anda ketahui jatuh bangun laman MEGA ini sebelum dilepaskan kepada umum amatlah tinggi. Usah kita mengungkit hal yang lalu. Kita buka buku baru,perkuatkan minda kita untuk mendapatkan ilmu yang baru. 



Laman MEGA hadir dengan 'encryption' RSA-2048-bit. Ini membolehkan fail anda berada pada tahap keselamatan yang tinggi. MEGA dapat dijalankan dengan baik melalui pelayar Google Chrome. Untuk pengguna percuma,MEGA memberikan 50GB ruang penyimpanan. Bagi mereka yang ingin mendapatkan ruangan tambahan,anda boleh mendapatkan bermula dengan harga serenda 9.99 sebulan.

Pada pendapat penulis setelah menggunakan perkhidmatan MEGA ini. Penulis dapati laman ini belum lagi dalam keadaan stabil. Memandangkan laman ini masih diperingkat beta,mungkin terdapat beberapa kesilapan yang perlu mereka perbaiki segera. Untuk huraikan dengan lebih panjang rasanya tak molek. Jadi,anda cubanya sendiri. Sebelum itu mari kita singkap beberapa gambaran tentang MEGA.



Buat masa ini,apabila anda mengakses laman ini. Agak terasa lambat sedikit. Mungkin beberapa jam mahupun hari akan mengubah segalanya.

Sementara menunggu laman ini betul-betul stabil. Penulis sarankan agar anda mencuba 15GB ruang penyimpanan awan hasil kerjasama Teambox.com + Box.com [disini]. Gunakan sementara stok masih ada.

Selamat mencuba,
Sekian,Assalamualaikum

IT ; MEGA! Apa Yang Baru?

SALAM

 Sony W273 l Walkman Terbaru Kalis Air
Bagi peminat mp3 yang dahagakan muzik seumpama berada di dunia lain dengan gadget yang ringan dan berbaloi, sony W273 antara pilihan utama yang patut korang utamakan. Dengan 4gb data pada harga Rm299 sahaja, korang patut tahu apa fungsi yang sony tawarkan untuk gadget pilihan kali ini. Mesti korang akan teruja punya.
New Sony Walkman WaterProof Sports MP3 Player 1024x682 Sony W273 l Walkman Terbaru Kalis Air
Dengan 4 pilihan warna iaitu Pink, Blue, White, Black yang kelihatan stylo untuk dibawa ke mana saja,  Sony’s new Walkman® Sports MP3 Player (NWZ-W273) merupakan kalis air. Bukan setakat ringan dan cantik malah korang boleh bawak berenang sedalam 2 meter tanpa risau gadget kesayangan nih akan rosak.
Launch Group Photo 1024x682 Sony W273 l Walkman Terbaru Kalis Air
Pelancaran walkman terbaru waterproof sony W273 disempurnakan oleh S. Hatano (kiri) dan Ivy Goh diapit oleh model bersama Sony Waterproof Walkman W273.
 Sony W273 l Walkman Terbaru Kalis Air

Dengan memori sebesar 4Gb, Sony’s new Walkman® Sports MP3 Player (NWZ-W273) boleh memuatkan sebayak 1000 lagu dan bateri boleh bertahan sehingga 8 jam non stop wooo! Mana nak cari 4GB boleh kalis air dengan sound yang kebaboom! Wallaweh!
 Sony W273 l Walkman Terbaru Kalis Air
Apa yang menarik perhatian aku, dengan hanya quick caj selama 3 minit saja, korang boleh dengar lagu selama sejam. Amacam? Teruja tak? Gila tak best kalau fungsi macam nihh. Huwarghhhhhhhhhh!
 Sony W273 l Walkman Terbaru Kalis Air
 Sony W273 l Walkman Terbaru Kalis Air
Julie Woon showing the Walkman W273 682x1024 Sony W273 l Walkman Terbaru Kalis Air
 Julie Woon bersama Walkman W273
New Waterproof Walkman 1024x682 Sony W273 l Walkman Terbaru Kalis Air
Kalau korang perasan, Walkman® Sports MP3 Player (NWZ-W273) ini takde wayar panjang macam ipod mahupun mp3 lain yang kena ada sub wayar untuk pasang kat telinga. Haa ini antara keunikan yang sony tawarkan untuk memudahkan peminat mp3 yang suka bersukan terutamanya kiranya sangkut dekat telinga terus boleh bersukan tanpa risau wayar nak berbelit kat mana – mana.
m2 Sony W273 l Walkman Terbaru Kalis Air
Baidewey, ini bukan full review dari aku lagi sebenarnya cuma teaser yang dah macam review kan. haha! Takpe! Aku bagi korang kepanasan dulu sebelum aku buat full review sepanjang aku bawak bff aku nih sony Walkman® Sports MP3 Player (NWZ-W273) ke Macau, China bersama- sama. Seminit pun tak pernah walkman nih meninggalkan aku dengan kesunyian woo.
P/s: Bagi korang yang berminat, harga 4GB walkman nih hanya Rm299 sahaja yang ada 4 warna cantik untuk dipilih. Kalau korang tanya aku yang dah guna baru ni memang berbaloi untuk dibeli sebabnya bateri tahan lama plus sangkut jek kat leher takde nak risau kalau jatuh ke hape. TQ sony untuk bagi aku merasa gadget latest Walkman® Sports MP3 Player (NWZ-W273). Terbaik dari sony untuk korang semua!

IT ; Sony W273 l Walkman Terbaru Kalis Air

Salam..dalam entry sebelum ini Hac ada bincangkan mengenai Phising..kali ni Hac akan ajarkan bagaimana kaedah untuk membuat Fake Login Page (phisher) untuk menggodam facebook. ini adalah kaedah manual yang mudah dipelajari dan sesuai untuk mereka yang baru memulakan minat dalam penggodaman. disebabkan ramai yang meminta artikel Facebook Hacking, maka artikel ini dikeluarkan pada hari ini untuk para pembaca yang telah mengikuti blog My Hackers Are Here. sememangnya ada cara yang lebih mudah iaitu menggunakan perisian, tetapi untuk mereka yang baru, cara manual adalah cara yang terbaik untuk belajar.


Hack Facebook Menggunakan Fake Login Page:

1. Pertamanya, kita akan memerlukan Fake Login Page (fake.html), dan login.php. anda boleh muat turun kedua-duanya di sini ---> Facebook Hacking Packages

Password: @hackaholic

2. Setelah mengekstrak fail rar tadi, buka login.php dengan note pad, tekan ctrl+f dan cariwww.enteryoursite.com. gantikannya dengan alamat URL yang anda mahu mangsa dihalakan kepadanya (redirected) dan savekan fail itu.

Nota: Ini adalah langkah yang sangat penting. untuk memastikan mangsa tidak mencurigai login page, maka halakan mangsa kepada www.facebook.com




3. Sekarang buat satu akaun di dalam web hosting yang percuma seperti 110mb.com,T35.com, ripway.com, atau 000webhost.

4. Setelah itu muat naik kedua-dua fail iaitu fake.html dan login.php ke direktori anda. kemudian, hantarkan pautan (link) fake.html kepada mangsa anda.

Contoh: www.yoursite.110 mb.com/fake.html



5. Apabila mangsa klik pada pautan tersebut dan memasukkan informasi akaunnya ke dalam Fake Login Page dan klik pada login, dia akan dihalakan kepada laman yang telah ditetapkan dalam langkah nombor 2.


6. Untuk melihat informasi akaun mangsa, login ke dalam akaun web hosting percuma yang telah anda daftarkan sebentar tadi dan anda akan dapat lihat satu fail baru iaitu 'password.txt'. buka fail itu dan anda akan dapat lihat id serta kata laluan akaun mangsa.

7. Selesai.



IT ; Hack Facebook Menggunakan Fake Login Page

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan sebuah artikel tentang sebuah perkhidmatan perakam desktop berasaskan web.

Kebiasaannya kita akan disajikan dengan pelbagai jenis atau variasi tentang sesuatu perisian. Ini termasuklah perisian perakam desktop. Kenal dengan perisian seperti Kazam Screencaster,RecordMyDesktop dan pelbagai lagi perisian yang sama fungsinya? Masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan. Jadi,untuk melakukan sesuatu tugas,kita memerlukan pelbagai jenis perisian mengikut kesesuaian dalam keadaan yang tertentu.

Screenr,sebuah perkhidmatan yang berasaskan web yang dibina untuk memudahkan anda untuk merakam aktiviti yang dilakukan pada skrin komputer anda. Seperti yang diberitahu pada permulaan penulisan,Screenr merupakan perkhidmatan berasaskan web. Jadi,anda tidak perlu muat turun apa-apa untuk menggunakan perkhidmatan daripada Screenr ini. Apa yang perlu anda lakukan untuk menggunakan perkhidmatan ini hanyalah membenarkan penggunaan Java pada laman mereka. Video yang dirakam bersifat bebas. Jadi,mana-mana pengguna yang mengunjungi laman Screenr akan dapat melihat video anda. Jika tidak silap saya,anda hanya dibekalkan selama 5 minit untuk merakam aktiviti pada skrin komputer anda.

Untuk mengetahui lebih lagi tentang Screenr,anda boleh kunjungi halaman pusat bantuan mereka. Penting juga untuk anda menonton video berdurasi 1 minit pada halaman utama mereka untuk mengetahui secara langsung tentang kaedah penggunaan Screenr.

Selamat mencuba
Assalamualaikum.

IT ; Screenr--> Web Based Screen Recorder

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan panduan yang mudah untuk anda manfaatkan sekiranya pautan dokumen yang anda ingin muat turun tergendala. Dalam erti kata lain,pautan anda rosak. Rosak yang dimaksudkan bukanlah bermakna pautan anda sudah hilang/dibuang daripada pelayan (server) mereka tetapi disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya:-
  • Perubahan protokol internet (IP). Ada sebahagian pelayan menyediakan fungsi jeda-sambung. Tapi,disebabkan perubahan IP maka fungsi ini tidak dapat digunakan dengan sebaiknya. 
  • Fail anda terhad untuk beberapa untuk jam. Ini biasanya terjadi pada laman perkongsian fail dimana mereka terhadkan penggunaan pelayan mereka hanya untuk beberapa jam. Contohnya,BillionUploads hanya membekalkan pelayan mereka digunakan untuk empat jam sahaja.
Daripada apa yang saya perhatikan dan alami bahawa kaedah ini tidak dapat digunakan untuk pelayan yang tidak menyokong fungsi jeda-sambung. Saya telah mencuba daripada beberapa pelayan antaranya, disk.yandex.com dan beberapa perkhidmatan lain. Cukup sekadar ini sahaja pembuka bicara kita. Kita teruskan kepada pembelajaran kita.

1. Pasang Internet Download Manager. Gunakan fungsi kotak carian pada laman OMG! Hackers ini untuk dapatkan perisian IDM sekiranya anda belum memilikinya.

2. Apabila anda ingin menyambung kembali fail yang anda ingin muat turun. Anda dapati anda menerima amaran seperti di bawah. Klik OK.

3. Sesudah anda klik OK. Anda diminta untuk menunggu beberapa saat. 

4. Pelayar web anda dibuka dan anda dibawa kembali kepada pautan lama anda. Saya memuat turun video jadi ini halaman yang saya akan dapat kembali. Jika anda memuat turun fail,caranya sama sahaja. Anda boleh terus salin dan tampal pautan yang baru. [Rujuk no. 9].

 5. Sekiranya pautan yang anda ingin muat turun berformat video,maka anda perlu memilih. Saranan saya "Download Later"

6. Semua penjasan ada pada gambar. Lihat nombor sahaja.

7. Semua penjelasan ada pada gambar.

8. Semua penjelasan ada pada gambar. Lihat nombor sahaja.

9. Penjelasan ada pada gambar.

10. Klik ikon sambung (resume).

 11. Lihatlah hasilnya. Kini anda sudah dapat menyambung kembali pautan anda yang tergendala.

Sekiranya anda menghadapi kekeliruan. Sila jelaskan kekeliruan anda pada ruangan yang disediakan.

Sekian. Assalamualaikum

IT ; Menyambung Kembali Pautan Yang Rosak Pada Internet Download Manager

Ubuntu 13.04: Hebat atau Membosankan?

Ini adalah persoalan pokok bagi mereka yang sedang berada dipersimpangan, tak tahu 'arah mana hendak dituju'. Masalah dengan distribusi Linux bukan terletak kepada 'betapa sukarnya ia untuk diguna', tetapi adalah terletak kepada distribusi dan terbitan-terbitan dari distribusi tersebut.

Apabila terlalu banyak pilihan, maka perkara yang sukar bukan lagi kaedah penggunaannya, tetapi adalah pada apakah pilihan yang harus dilakukan. Maka disitu Ubuntu 13.04 tersepit, hendak diguna atau tidak, hendak diuji cuba atau abaikan saja.

Setelah beberapa lama saya 'bermain' dengan live USB, saya dapat rasakan Ubuntu 13.04 adalah...

Ubuntu 13.04: Satu Sebab Untuk Menyintai Menyukai dan Membenci

Sebab Untuk Menyukai (Pro):

Ubuntu 13.04 adalah sangat cantik dan kemas. Seperti kata pepatah Inggeris, 'Beauty is in the eyes of the beholder', maka terpulang bagaimana cara mata anda menafsirkannya, namun saya sangat sukakan paparan Ubuntu 13.04. Hasil akhir kali ini tidak menghampakan.

Tak lupa juga aplikasi Unity Tweak Tool boleh dipasang secara terus melalui Ubuntu Software Center. Ini membolehkan pengguna termaju (advance user) untuk melakukan konfigurasi terhadap persekitaran desktop Unity.

  

Sebab Untuk Membenci (Kontra):

Malangnya tidak semua yang cantik itu membahagiakan. Kalau anda suka dengan versi 12.04, iaitu versi LTS, dan selesa dengannya, maka saya sarankan anda kekal dengan sistem operasi tersebut.

Ini adalah kerana Ubuntu 13.04 sememangnya cantik di mata, namun di hati belum tentu. Hati saya boleh kata 'berbulu' sepanjang saya menguji cubanya disebabkan bugs yang menjengkelkan. Ada masa animasi transition tetingkap tersekat, seperti gambar di bawah:



Berkenaan dengan prestasi, mulanya saya hanya mencuba ia pada PC yang dilengkapi dengan RAM sebanyak 512MB dan juga 1GB. Ternyata Ubuntu bukan lagi Ubuntu 'yang dulu', iaitu yang dicipta untuk melengkapi PC-PC lama. Kini ia mengorak langkah menuju ke arah sistem operasi moden yang juga memerlukan peranti moden, dengan spesifikasi terbaik.

Buktinya? Saya telah pun menguji cuba ia pada Laptop Lenovo G480, dengan RAM sebanyak 6GB dan pemproses Intel® Core™ i5-3210M, namun masalah animasi transition 'minimize' tetingkap yang tersekat masih lagi berlaku. Ia seolah 'hang' tanpa punca munasabah.

Pasang atau Tidak?

Nampaknya tidak ada jalan mudah mendapatkan kebahagiaan. Saya teringat kata pepatah, 'Di saat kamu mahu melepaskan sesuatu, ingatlah disaat-saat sukar ketika kamu hendak mendapatkannya!'. Begitulah jua ibaratnya hubungan saya dengan Arch Linux!

Saat permulaan untuk memasang, mengkonfigurasi dan menyiapkan persekitaran desktop Arch Linux bukan kerja mudah, seperti mudahnya menyiapkan konfigurasi distribusi Ubuntu. Tetapi untuk 'melepaskan' ia pergi demi sesuatu kecantikan yang baru, bukan juga kerja mudah! Arch Linux sangat memuaskan hati, sama ada dari segi pengubahsuaian mengikut kehendak sendiri (cuztomization) mahupun dari segi prestasi, masih tidak ada sebab untuk saya beralih kepada distribusi lain.

Selagi Ubuntu belum perbaiki bugs, belum menambah kelancaran prestasi dan juga belum membenarkan para pengguna untuk mengubahsuai ia ke tahap maksimum, maka selagi itulah saya belum berminat untuk kembali menggunakannya.

Jadi jawapan saya, hmmm.. mehhh...

IT ; Ubuntu 13.04: 'Wow' atau 'Mehhh...'?

Seseorang boleh mengetahui dengan mudah setiap perincian maklumat mereka yang telah menceroboh PC masing-masing dengan memasang keylogger di PC sendiri. Keylogger (Keyboard Logger), seperti yang diketahui akan merakam setiap apa yang ditaip pada papan kekunci, jadi apa jua maklumat mereka yang menggunakan PC anda akan dapat diketahui.

Namun, kelemahan keylogger ialah ia menggunakan sumber dari PC anda (RAM, CPU) dan ini boleh menyebabkan prestasi PC anda menjadi berkurangan. Bagaimana jika anda tidak mahu merakam aktiviti 'penceroboh' PC anda, tetapi cukup sekadar anda 'dimaklumkan' sahaja mengenainya?

Di sinilah mouselock boleh membantu. Ia berfungsi dengan cukup mudah. Anda cuma perlu buka laman webnya, kemudian log masuk menggunakan akaun Google anda:
 

Pilih mana-mana nombor untuk dijadikan sebagai 'kod rahsia' anda (jangan lupa pula!):


Setelah itu, halakan anak panah anda kepada slot di tengah-tengah tersebut dan klik padanya:


Apabila seseorang cuba menggunakan PC anda 'tanpa kebenaran', dan dia tidak dapat meneka nombor yang sepatutnya dalam masa yang beberapa saat, Mouselock akan bertindak dengan menghantar e-mel untuk memaklumkan kepada anda aktiviti tersebut:




Kalau hendak trik ini lebih berkesan, gunakan pelayar web dalam mod skrin penuh sebelum meninggalkan PC anda kepada pengawasan Mouselock, supaya ia tidak kelihatan digunakan hanya melalui pelayar web.

Tak lupa juga Mouselock boleh menggunakan kamera web anda untuk menangkap gambar 'penceroboh' PC anda. Saya tak pasti sama ada gambar itu akan dihantar ke e-mel anda tetapi setakat yang telah saya cuba, tiada gambar yang telah dihantar meskipun ia telah diambil dari kamera web.

Kelemahan trik ini ialah, anda tidak akan dapat tahu siapa yang menggunakan PC anda (melainkan anda menggunakan pengawasan kamera), apa yang telah dilakukan olehnya, dan jika mereka yang tahu mengenai Mouselock ini dijalankan melalui pelayar web, mereka hanya perlu tekan kekunci Ctrl + W sahaja untuk menutupnya sebelum kiraan masa berakhir. Hahaha..
websitenya disini  :mouselock

IT ; Ketahui Pencerobohan PC Anda

About