Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan sebuah artikel tentang sebuah perkhidmatan perakam desktop berasaskan web.
Kebiasaannya kita akan disajikan dengan pelbagai jenis atau variasi tentang sesuatu perisian. Ini termasuklah perisian perakam desktop. Kenal dengan perisian seperti Kazam Screencaster,RecordMyDesktop dan pelbagai lagi perisian yang sama fungsinya? Masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan. Jadi,untuk melakukan sesuatu tugas,kita memerlukan pelbagai jenis perisian mengikut kesesuaian dalam keadaan yang tertentu.

Screenr,sebuah perkhidmatan yang berasaskan web yang dibina untuk memudahkan anda untuk merakam aktiviti yang dilakukan pada skrin komputer anda. Seperti yang diberitahu pada permulaan penulisan,Screenr merupakan perkhidmatan berasaskan web. Jadi,anda tidak perlu muat turun apa-apa untuk menggunakan perkhidmatan daripada Screenr ini. Apa yang perlu anda lakukan untuk menggunakan perkhidmatan ini hanyalah membenarkan penggunaan Java pada laman mereka. Video yang dirakam bersifat bebas. Jadi,mana-mana pengguna yang mengunjungi laman Screenr akan dapat melihat video anda. Jika tidak silap saya,anda hanya dibekalkan selama 5 minit untuk merakam aktiviti pada skrin komputer anda.
Untuk mengetahui lebih lagi tentang Screenr,anda boleh kunjungi halaman pusat bantuan mereka. Penting juga untuk anda menonton video berdurasi 1 minit pada halaman utama mereka untuk mengetahui secara langsung tentang kaedah penggunaan Screenr.
Selamat mencuba
Assalamualaikum.