Salam kepada pembaca citer copy..
Baru – baru ini Adidas melancarkan kasut bola terbaru Nitrocharge Silo yang dikeluarkan selepas F50 di Festival KL City, Setapak.
Ciri – ciri Nitrocharge Silo;
Mempunyai lengkungan EnergySling di atas kasut bola yang mempunyai potongan sampingan yang menajamkan pergerakan ketika di padang. Lapisan bawah kasut bola ini mempunyai EnergyPulse yang membantu hujung pengerakan kaki supaya berlari dengan pantas dan jugak mempunyai HYBRIDTOUCH (material lembut dibahagian atas untuk memudahkan lagi pengawalan bola).
Apa yang menarik perhatian aku, Adidas Nitrocharge Silo ini disertakan dengan teknologi Adidas miCoach SPEED-CELL di mana pemain boleh meninjau sendiri perkembangan mereka diatas padang melalui cip yang diletakkan pada kasut tersebut dan boleh didapati di pasaran pada harga rm730 sepasang di cawangan al Ikhsan dan Adidas Concept Store terpilih.
Hairuddin Omar sdan pemain Selangor, Raimi Md Nor antara pemain yang diberi kepercayaan oleh Adidas untuk kasut Nitrocharge Silo. Menurut Hai O “Selepas seminggu memakainya, saya rasa kasut ini sangat sesuai dengan saya yang bermain sebagai pemain tengah menyerang” k
Dani Alves (Barcelona)
Javi Martinez (FC Bayern Munich)
P/s: Maklumat lanjut, korang boleh tengok di www.adidas.com/football or go to www.facebook.com/adidasfootball ataupun mengikuti perkembangan terkini di twitter adidas @adidasfootball.